Sabtu, 15 Disember 2012

Anugerah Planet Muzik 2012

Musim tengkujuh dah tiba. Hujan sana-sini. Tak kira pagi dan petang,  hujan turun menyimbah bumi tak kira masa.

Sebenarnya, sekarang ini aku berada di kampung.  Aku tweet kononnya sedang dalam perjalanan ke Singapura adalah pembohongan yang sunat.

Selebihnya, ia tak lebih dari satu propa yang bersifat ganza.

Sekarang dalam perjalanan ke satu kenduri kahwin. Ramai betul orang kahwin musim cuti sekolah ni. Elok juga tu. Senang sikit nak mengawan hujan-hujan macam ni. Betul tak?

Pada jam 8.30 malam ini akan berlangsung Anugerah Planet Muzik 2012 di Max Pavilion,  Singapura.  Pastikan korang menonton nya di Astro Ria secara langsung gitu.

Seminggu lalu, aku ada terima jemputan dari Mediacorp untuk buat liputan di Anugerah Planet Muzik 2012.

Aku berkira juga nak pergi tapi memikirkan tentang hal keluarga aku terpaksa batalkan niat. Lagi pun aku melihat penganjuran APM2012 tak pernah dibuat segempak anugerah luar negara. Sekurang-kurangnya, buatlah anugerah sehebat anugerah M.Net K.Pop tu, baru gerek!

Tapi, sebelum apa-apa kena tonton Astro Ria malam ni.

Sabtu, 8 Disember 2012

FUTSAL NEON

Lama betul aku tak main futsal. Seingat aku ada dekat 3 tahun macam tu. Gilalah!

Hari ini, aku terpanggil untuk memijak gelanggang futsal. Itu pun atas ajakan Dashing. Kalau tak memang tak merasalah nak main futsal. Aku ni bukan ramai kawan pun. Jadi, memang tak ada peluanglah nak rass main futsal.

Pada malam ini, aku akan join team media lawan star team yang terdiri dari Remy Ishak dan Henry Golding . Dua-dua adalah duta produk Dashing.

Aku ada tanya followers kat twitter pasukan mana yang menang, sah sah ramai yang kata Star Teak yang akan menang.

Heh!

Nanti jap lagi aku update siapa yang menang, orait?


Me & Remy Ishak yg skrg dah tak sabar nak berlawan futsal neon.  Korang rasa team mana yg akan menang?

Let's kicking!

Bersama duta produk Dashing,  Henry Golding.

Rabu, 3 Oktober 2012

KFC DOUBLE DOWN

Banyak-banyak jenama produk makanan segera kat pasaran, aku sangat suka dengan KFC. Pendek kata, dalam seminggu tu, ada sekali kompem aku akan ke restoran KFC.

Sayangnya, KFC ni takde delivery services, kalau tak mahu aku makan KFC tiap-tiap hari je kat office nih. Tapi Nandos pun aku suka gak.

Terbaru yang aku dengar, KFC dah pun lancar burger zinger terbaru iaitu Double Down. Aku dah pun merasai kenikmatan burger nih semasa hadir di sesi food tasting 2 minggu lalu.

Walaweeehhh best. Hari ini aku nak gi KFC untuk tukar voucher KFC yang diorang kasi semasa food tasting tu. Tak sabar nak bawa balik rumah.

Aku rasalah, jualan burger ni akan mendapat tempat sebab dah lama dah menggemar burger menanti kedatangan Double Down di pasaran Malaysia.

Peningkatan jualan sebanyak 10% disasarkan untuk jualan ini. Comfirmlah laris.

Burger tanpa roti bun itu tersedia di semua restoran KFC di Malaysia.

Kalau nak lihat pada sejarah, burger ni dilancarkan di Amerika Syarikat 2 tahun lalu. Dan kemudian diperkenalkan kat Australia, New Zealand, Filipina, Singapura dan kini di Malaysia.

Masa food tasting tu, saiz burgerni besarlah jugak. Tak tahulah, nanti bila korang dapatkan di pasaran. Yang penting, ia mengenyangkan aku. Zat makanan pun banyak dalam nih selain dapat menggemukkan aku. Hahaha...

Harganya RM8.40 je. Hahaha murah tak?

Aku dengar KFC belanja banyak jugak untuk tujuan promosi produk terbaru ini. Lebih RM2juta jugaklah diorang spent.

Satu je perkataan.... yummmeh!

KFC Zinger Burger Double Down