Banyak-banyak jenama produk makanan segera kat pasaran, aku sangat suka dengan KFC. Pendek kata, dalam seminggu tu, ada sekali kompem aku akan ke restoran KFC.
Sayangnya, KFC ni takde delivery services, kalau tak mahu aku makan KFC tiap-tiap hari je kat office nih. Tapi Nandos pun aku suka gak.
Terbaru yang aku dengar, KFC dah pun lancar burger zinger terbaru iaitu Double Down. Aku dah pun merasai kenikmatan burger nih semasa hadir di sesi food tasting 2 minggu lalu.
Walaweeehhh best. Hari ini aku nak gi KFC untuk tukar voucher KFC yang diorang kasi semasa food tasting tu. Tak sabar nak bawa balik rumah.
Aku rasalah, jualan burger ni akan mendapat tempat sebab dah lama dah menggemar burger menanti kedatangan Double Down di pasaran Malaysia.
Peningkatan jualan sebanyak 10% disasarkan untuk jualan ini. Comfirmlah laris.
Burger tanpa roti bun itu tersedia di semua restoran KFC di Malaysia.
Kalau nak lihat pada sejarah, burger ni dilancarkan di Amerika Syarikat 2 tahun lalu. Dan kemudian diperkenalkan kat Australia, New Zealand, Filipina, Singapura dan kini di Malaysia.
Masa food tasting tu, saiz burgerni besarlah jugak. Tak tahulah, nanti bila korang dapatkan di pasaran. Yang penting, ia mengenyangkan aku. Zat makanan pun banyak dalam nih selain dapat menggemukkan aku. Hahaha...
Harganya RM8.40 je. Hahaha murah tak?
Aku dengar KFC belanja banyak jugak untuk tujuan promosi produk terbaru ini. Lebih RM2juta jugaklah diorang spent.
Satu je perkataan.... yummmeh!