Sabtu, 19 Oktober 2019

JUDIKA

Malam ni, aku dapat buat content eksklusif semasa liputan Konsert Judika di Dewan Filharmonik Petronas. Peluang yang diberikan, di mana aku dapat merakam konsert ini dari awal sampai habis. Haaa... how about that?

Ini adalah kali pertama aku dapat berkolaborasi dengan DFP. Sesiapa yang pernah masuk DFP akan tahu peraturan ketat yang dikenakan. Tidak boleh merakam, even kau tak boleh pun menyalakan telefon bimbit walau sesaat. Kalau kau buat jugak, kau akan kena panahan laser. Buat la kalau tak malu kena laser.

Sebelum ke konsert, aku singgah dulu Nando's untuk dinner

Hans

Tapi apa yang berlaku bila ada peminat nak buat jahat? Dia akan rakam secara senyap-senyap. Tanpa diketahui oleh sesape. Tup tup, video tu akan keluar kat Youtube. Apa yang aku cakap ni benda yang benar. Sebab kau Youtube, berlambak video masa Misha Omar buat persembahan kat DFP. Aku pun tak pasti macamana video ni boleh lepas.

Haaa, sebab itu la jugak, aku rasa kenapa DFP panggil aku meeting dan kasi peluang untuk merakam secara sah.

Budiey Judika

Selesai konsert, aku dapat peluang untuk jumpa Judika. Berborak sekejap dengan dia. Nampak dia rushing sebab malam tu katanya dia nak celebrate befday anak dia yang pompuan tu.

Judika Konsert DFP

Me & Harry Jalil

Judika Konsert DFP

Bersama konduktor orkestra MPO

Judika Konsert DFP

Pereka fesyen Judika

Judika Konsert DFP

Jaclyn Victor