Ahad, 7 Oktober 2018

AYAM BAKAR

Diadakan serentak satu masa dengan Konsert Gegar Vaganza, ABPBH sebuah anugerah yang boleh dikira dulunya sangat berprestij agak sukar untuk dilepaskan. Apatah lagi bila melihat persembahan dan selebriti bertaraf ikonik hadir menghiasi karpet merah... uish, takkan la nak pergi buat liputan GV5.

Tapi bila aku rasa kedua-duanya penting, aku pun carilah orang untuk buat liputan kat GV5. Nasib baik ada yang sudi menolong untuk merakam video momen yang menjadi viral kat GV5. Terima kasih Hailan Hamid. Jasamu ku kenang.

Tak faham dengan aturan dan ketetapan acara. Dah tahu ada GV5 pada hari Ahad kenapa ek nak buat gak pada malam yang sama?

Oh lupa, nak berlumba rating. Siapa lagi yang naik mencanak kan?

Okay kita faham.

Tapi yang menyusahkan adalah aku yang bekerja sendirian. One man show! Itu pun harapkan kawan-kawan dan adik-adik yang sudi jadi videografer. Kalau tak, haram!

Hari ini, ditemani Nabil Azri dah housemate dia, Amir. Dulu pernah belajar kat Terengganu. First time datang ke majlis anugerah.

Rakaman Vlog GILA MAKAN - HOUSE CAFE


Jam 12 tengahari, ke rumah adik nak ambik dia dengan kawan dia. Saufi ikut sekali sebab nak kasi briefing sikit dan ajak dia makan-makan sekali. Rancangan sebelum ini kata kitorang rancang nak gi makan kat Nasi Ayam Chee Meng, tapi disebabkan Chef Azman mesej semalam suruh singgah di House Cafe untuk makan-makan nasi sama ayam bakar. Maka, kena batalkan niat untuk makan kat Chee Meng.

Sampai di House Cafe, kitorang record la apa yang patut. Menu terbaru... ayam bakar ni boleh tahan la jugak. Kata Chef,  menu ni dibuat setelah mendapati nasi itik agar sukar untuk dihidangkan memandangkan Chef Azman kata, dia sukar untuk mencari bekalan itik.

Rakaman Vlog GILA MAKAN - HOUSE CAFE


Memang susah la, mana nak cari itik kat KL ni. Kalau ada pun mahal. Jual nasi pun tak sampai RM10 sepinggan. Maka, jawabnya beralihlah kepada menu lain iaitu Ayam Bakar.

Banyak-banyak minuman yang ada, kami pilih Root Beer Float. Haha.

Rakaman Vlog GILA MAKAN - HOUSE CAFE


Lepas makan, borak-borak santai dengan Chef. Dia kata nak pindah tempat sebab tak ramai yang datang sebab dia buat kat kawasan perumah sebenarnya. Pindah di tempat kawasan kedai, dah tentu ramai yang datang sebeb memang restoran.

Bisnes makanan ni nak kena pilih logistik yang sesuai. Tak kena cara, rugi la.

Eh, lama juga membawang kat situ. Dari satu topik ke satu topik. Macam-macam dibualkan.

Jam 4 kami bertolak ke Putrajaya. Singgah lepak kejap di Alamanda. Ngopi-ngopi sambil caj bateri iPhone dan update blog sikit.

House Cafe


Jam 6 petang bertolak ke PICC Putrajaya. Nak keluar dari Alamanda ni pun makan masa gak sebab kereta bersusun nak keluar.

Sampai PICC, bersiap lalu naik. Kali ni, aku tak minta sponsor mana-mana untuk pakaian. Pakai je la mana yang ada kat wardrobe tu. Aku pilih suit dari Sacoor Brothers. Pernah pakai masa Anugerah Skrin dua tahun lepas rasanya.

ANUGERAH BINTANG POPULAR BH 31


Okay bersambung di entri ABPBH