Selasa, 15 Oktober 2013

AKU KORBAN

Hari ini hari raya haji.  Aku dan isteri tak pulang ke kampung. Kerja sangat banyak. Memang aku tak boleh balik. Tambahan lagi bila hari Jumaat aku kena terbang ke Uzbekistan selama 6 hari. Jadi banyak kerja kena settle sebelum aku berlepas ke sana.

Hari ini hari raya Aidiladha. Pagi-pagi lagi aku bangun. Aku solat sunat di Surau Banjaria Court. Aku menulis jurnal ni dgn menggunakan Samsung Galaxy Note 3 buat pertama kalinya. Memang best.

Hari ini, aku tak boleh pergi ke mana-mana. Ada dua advertorial kena disiapkan. Draft kena hantar hari ni jugak. Tak boleh bertangguh lagi.

Malam ni pulak, aku kena shoot video dgn Mia. Adeh. Skrip kena siapkan hari ni.

Hari ini, oleh kerana sibuk sangat, aku tak boleh tak boleh ikut isteri pergi makan-makan di rumah Abe Deri.

Hari ini hari raya haji. Aku nak ucapkan selamat hari raya korban buat semua. Berkorban!

Rabu, 2 Oktober 2013

KL GANGSTER 2

Hati aku kelam. Berserabut. Disebabkan jadual telah berubah, aku serba tak keruan. Tak sedap hati sebab aku mengecewakan manusia lain. Aku tak boleh duduk diam. Waimma aku tak boleh bersengkang mata habiskan kerja depan komputer ni.

Aku kena keluar dari rumah. Mencari angin yang lebih segar.

Aku mengambil keputusan untuk menonton wayang di TGV 1Utama. Aku tengok, ada tayangan filem KL Gangster 2 pada jam 7 malam di sana. Lalu aku tanpa berfikir panjang aku pun terus ke 1Utama. Seorang diri!

Makan tengahari & bersantai dulu di #ChillX @tgvcinemas sementara menunggu utk layan movie #Prisoners #HughJackman

Sampai di 1Utama, jam 3 petang, aku pun terus beli tiket wayang, tengok citer Prisoners lakonan Hugh Jackman. Filem ni sangat lembap tapi sebenarnya, memang acuannya begitu untuk memberikan kejutan demi kejutan kepada penonton. Kisah dua keluarga yang kehilangan anak mereka lalu membuat konklusi sendiri tanpa bantuan polis untuk mencari anak mereka.

Seorang PR call. Suruh hantar salinan passport untuk urusan travel ke Uzbekistan dan juga London bulan depan.

Seorang lagi PR call, tanya aku samada aku boleh datang ke event kat Subang Jaya esok. Aku rasa tak dapat pergi sebab aku kena pergi ke event haruman badan pagi esok.

Tak lama lepas tu, eorang lagi PR call aku, tanya pasal press release.

Hidup aku ni, menghambakan diri pada PR je kan?

Sebelum masuk ke dewan aku lepak sekejap kat dalam ChillX. Makan burger Casablanca sama minum jus tembikai. Kemudian aku redeem voucher RM10 dan juga voucher black coffee yang aku dapat masa aku attend event TGV tempohari. Jadi, aku hanya bayar RM27 untuk semua yang akan makan tadi.

Selepas menonton Prisoners, aku lepak lagi kat ChillX. Aku order Americano Coffee. Ya, for free!

Bestkan hidup ni kalau semua benda free! Manusia suka dengan benda free.

Aku ada 2 keping tiket menonton filem KL Gangster 2. Jadi, aku terus tanya kat Instagram dan Facebook sape-sape yang nak temankan aku tengok movie. Ramai gak yang nak ikut. Pompuan pun ada yang nak ikut. Memang tak lah kot ajak pompuan. Nanti marah pulak isteri aku kat rumah kalau dia tahu, kan?

Jadi, aku pilih Fendi. Kebetulan dia yang cakap dulu yang dia nak join. Kira okaylah, at least aku ada kawan untuk berbual. Macam orang gila pulak nanti cakap sorang-sorang kan?

Budiey akan tonton filem KL Gangster 2 buat kali pertama malam ni. Serius cakap ni, mmg kali pertama tonton. Setakat ni filem ni dah kutip RM400ribu. Omg, kalau best, Budiey akan tgk lagi. Jom sokong filem Malaysia!

Filem KL Gangster 2 bagi aku sebuah filem yang padat dengan aksi, penuh dengan dialog yang memerlukan tenaga yang kuat, bahasanya pula memang ala gangster. Terus terang, ini adalah kali pertama aku menonton filem KL Gangster 2 ni. Aku tak pernah menontonnya di internet sewaktu ianya tertiris beberapa minggu lalu. Dan aku tak beli pun DVD kat pasar malam. Malas. Kesian kat Syamsul Yusof sebab tragedi malang yang menimpanya. Sayang, filem hebat tapi ada yang nak sabotaj.

Minggu lepas, aku ada berborak dengan seorang dalam produksi filem, katanya, punca berlakunya tertirisnya filem KL Gangster 2 ni adalah sebuah format digital yang digunakan untuk tayangan di pawagam. Itu yang Syamsul tak suka sebab sebelum ini tayangan filem dibuat secara filem gulungan tu. Takde dalam bentuk hard disk ni. Itu yang jadinya ada orang pawagam kot yang bocorkan benda tu. Itu firasat aku la. Aku hanya buat ramalan je.

Aku difahamkan, file filem dalam hard disk tu akan didelete selepas tayangan prebiu media atau tayangan untuk tujuan dalaman. Tapi, aku sekadar mempertikaikan, jika sekiranya yang tukang delete tu tahu, ianya mungkin boleh diambil semula selepas dipadamkan?

Haaa, fikirkan balik ada logiknya.

Selepas menonton, aku terus pulang.

Tgh lepak kat ChillX @tgvcinemas 1Utama. Byk menu makanan yg best kat sini. Budiey dah cuba P.Ramlee Burger sama Vanilla Sky Shake. Best!

SILAP JADUAL

Kita ni, tak semestinya hari kita akan cerah. Ada hari, kita jadi tak keruan. Ada hari, kita tak tentu hala. Semua yang kita buat tak menjadi. Dari pagi hinggalah ke malam, serba tak kena dibuatnya. Buat itu tak kena, buat ini tak kena. Apa kes?

Memang ada dan Budiey juga mengalaminya.

Ya, ia berlaku pada hari ini. Bermula dengan aku tersilap langkah mengatur jadual harian. Aku sedar kesilapan ni pun semasa aku menerima panggilan dari seorang PR terkenal.

PR: Hello, Budiey... you kat mana?
B: Hello, Budiey kat rumah ni, jap lagi nak gerak.
PR: Mana you? Event dah nak habis ni? You tak sampai-sampai lagi ke?
B: Eh, tak ke event hari ni start 3 petang ke?

Budiey seraya menoleh ke arah jam dinding. Masih menunjukkan jam 1 tengahari. Terdetik dalam hati, ada masa banyak lagi untuk ke event yang akan berlangsung di Berjaya Times Square petang ini.

PR: Apa nyeee? Event hari ni start jam 11 pagi lah! Aiyo!
B: Alamak ye ke? Aduyai, Budiey lupa nak tengok balik jadual kat emel la ni.
PR: You tak tengok, tak baca SMS ke? Kan I dah hantar SMS kat you kan?
B: Aduss, ingat ke start jam 3 petang.
PR: So, you kat mana sekarang ni?
B: Kat rumah ni. Sempat ke I gi sana eh?
PR: Mmm... tak payahlah, event dah habis dah. Selebriti semua dah nak balik.
B: Aiyo, sorry....
PR: Okaylah, Bye!

Aduyai, masuk ni dah kali kedua aku tersilap timing. Dengan PR yang sama pulak tu! Event lain tak pulak aku tersilap. Dengan PR ni pulak aku selalu buat silap. Dahlah, dia janji nak bawa aku ke Uzbekistan bulan depan dan mahu ajak aku ke London pada bulan November.

Aku mengaku yang tersilap merencanakan segala jadual harian aku. Itulah dari dulu lagi aku dah ingatkan, better cari seorang manager yang boleh aturkan segala jadual ni. Itulah perangai aku. Tak nak belajar dari kesilapan.

Dush! Mana aku ada duit nak upah manager. Ko ingat aku ni siapa hei! Takkan ada manager.

Sekarang, akulah manager,
akulah kuli,
akulah boss,
akulah editor,
akulah wartawan,
akulah video man,
akulah blogger,
akulah tukang usung beg kamera,
akulah kameraman,
akulah tukang edit,
akulah segala-galanya!

Akulah One Man Show!

Terimalah nasib kan?

Moral of the story? Aku kena peka dengan jadual harian. Aku kena peka pada jemputan. Sekarang jemputan datang dalam banyak laluan dan jalan. Paling banyak event datang melalui emel. Melalui surat sangat jarang. Fax pulak takde kat rumah. Kadang-kadang aku menerima jemputan melalui Whatsapp dan SMS. Melalui mulut ke mulut pun pernah ada. Tapi jarang lah.

So, aku kena teliti betul-betul masa dan tempat. Jangan ada silap atau terlupa. Cakap pasal terlupa ini, aku selalu je bertangguh untuk mengisi jadual event dalam aplikasi iCal. Kadang-kadang tu, aku ikut mood. Kalau ada mood baru aku isi. Itu yang jadi kes tertinggal dan aku tak pergi event tu.

Lain kali ingat, event tu penting. Aku tak macam blogger hiburan lain yang hanya duk rumah goyang kaki, jaga anak, tengok tv, tak perlu dan tak payah pergi event. Buat story kat rumah, cilok kat blog dan portal dan terus publish. Senangnya hidup kau. Cukup bulan, pendapatan masuk sampai berpuluh-puluh ribu RM. Cantik muka kau!

Manusia kadang-kadang suka mengambil jalan singkat untuk menjadi senang lenang!