Ahad, 21 Ogos 2011

BUDIEY JUNIOR

Sabtu dah tiba, aku dan wife berpakat nak ke Klinik Samudera untuk periksa kehamilan. Dua hari lepas, isteri aku ada buat pemeriksaan sendiri di rumah dan keputusannya positif, isteri aku hamil. Tahniah buat diri aku sendiri. Untuk mengesahkan lagi, aku datang jumpa Doktor Dato' Premjeet. Lepas buat pregnancy test, maka sahlah isteri aku hamil.

Oleh kerana ini anak pertama kami, maka rasa excited tu lebih sikitlah. Maklumlah, dah lama jugak kami tunggu berita gembira ini, dah 2 tahun lebih kami kahwin, sekarang baru nampak hasilnya. Ingat ke senang je nak buat anak. Hehe.

Apa-apa pun syukurlah sebab


- Posted using BlogPress from my iPhone

Selasa, 16 Ogos 2011

KHABAR

Balik dari Majlis Berbuka Astro semalam, aku dikhabarkan berita yang mengejutkan dari isteri. Yang aku pasti berita mengejutkan yang beritakan itu adalah satu berita yang sangat menggembirakan. Khabar yang menggembirakan pastinya. Berita yang kami tunggu-tunggu sekian lama.

Kalau benarlah sangkaan dan tilikan kami, maka bagi aku, ini adalah rezeki di bulan Ramadan yang penuh keberkatan dan kemuliaan ini.

Aku tak dapat khabarkan apa-apa kat sini, cuma setelah segala disahihkan barulah aku boleh khabarkan untuk tatapan pembaca jurnal aku ni.

Aku harap ini adalah satu permulaan dan fasa baru dalam hidup aku setelah bergelar suami.


Rabu, 10 Ogos 2011

BAGUS KE?

Ish seorang blogger ni berlagak diva la pulak dengan aku. Huhu. Tak per lah tahu la camna aku nak mengajar budak mentah ni. Kalau setakat setahun je masuk dalam lapangan ni dah mula nak show perangai buruk, mulut longkang dan berlagak bagus... pendek kata tak lama la dia dalam industri.

Issokay, biar budak baru ni kenal dunia dan buka mata dia luas-luas dulu. Lama tak lama dia kenal tinggi dan rendahnya langit. Kalau nak beelagak diva tu biarlah bertempat. Aku rasa bukan aku sahaj yang bengang dengan mamat sekor ni, ramai lagi wartawan lain. Kalau setakat aku je tak kisah beb, kalau ramai media mainstream tanya aku siap mamat ni dan dari mana dia, kira ni dah melampau.


- Posted using BlogPress from my iPhone