Selasa, 16 Ogos 2011

KHABAR

Balik dari Majlis Berbuka Astro semalam, aku dikhabarkan berita yang mengejutkan dari isteri. Yang aku pasti berita mengejutkan yang beritakan itu adalah satu berita yang sangat menggembirakan. Khabar yang menggembirakan pastinya. Berita yang kami tunggu-tunggu sekian lama.

Kalau benarlah sangkaan dan tilikan kami, maka bagi aku, ini adalah rezeki di bulan Ramadan yang penuh keberkatan dan kemuliaan ini.

Aku tak dapat khabarkan apa-apa kat sini, cuma setelah segala disahihkan barulah aku boleh khabarkan untuk tatapan pembaca jurnal aku ni.

Aku harap ini adalah satu permulaan dan fasa baru dalam hidup aku setelah bergelar suami.