Isnin, 19 Mei 2014

DUTA BLOGGER

Aku hairan apabila ada sesetengah blogger mendakwa dia menjadi duta kepada produk. Pertama kali aku baca kenyataan blogger ni memang aku rasa terkejut bercampur was-was. Dalam hati, aku terdetik, wow, terrornya awak, setahun jadi penulis blog dah dapat gelaran duta itu dan duta ini. Baru setahun jagung dah jauh berjaya. Kagum betul. Memang terkejutlah sebab Budiey yang dah 8 tahun menjadi blogger masih tak dapat gelaran duta mana-mana produk. Bagi aku, bila dah jadi duta, memang satu kejayaan besar sebab bayarannya bukannya seperti bayaran advertorial okay. Sah-sahlah bayarannya ratus ribu, beb!

Perenggan di atas bukannya diungkapkan dengan nada benci atau meluat, tapi ada segumpal rasa ingin tahu, macamana blogger ni mendapat gelaran tersebut. Macamana mudahnya dia ditawarkan menjadi duta? Serius aku nak tahu, aku nak belajar. Aku pun nak jadi duta.

Oleh kerana rasa ingin tahu yang meluap-luap, kebetulan aku berjumpa dengan seorang PR. Sampai sekarang, aku rasa terperanjat pun ada. Sebab aku ni jenis suka nak tahu dan tak mahu benda ni jadi misteri. So, nak tak nak aku perlu bertanya jika aku rasa ia perlukan penjelasan.

Oleh kerana rasa ingin tahu curiosity yang melonjak-lonjak, aku pun tanyalah seorang PR di salah sebuah syarikat penerbangan, betul ke blogger ni dilantik jadi duta. Berapa ratus ribu dibayarnya? Berapa tahun kontraknya? Yang paling penting apa kelayakan blogger ni sehingga dia dapat job sebagai duta.

Lalu, dengan wajah manis sentiasa manis dengan senyuman seraya berkata:

"Sebenarnya duta yang dimaksudkan bukanlah duta seperti selebriti jadi produk tu, bukan macam Lisa Surihani kadi duta Maigold Fresh. Bukan! Tapi skopnya agak kecil, tak lebih seperti pemberita yang mewar-warkan tentang produk itu kepada orang ramai. Itu sahaja. Specialnya blogger ni memdapat hak eksklusif dan diberi keutamaan.

Jadi berapa RM dibayar. PR tu cakap. Kitorang tak bayar sesen pun. WHAT?

OMG OMG... Jadi pengajarannya kat sini kadang-kadang kita tertipu dengan gelaran duta. Mana-mana blogger pun boleh cakap dan boleh mengaku dia jado duta produk itu dan produk ini semata-mata mahu membuktikan kepada orang ramai yang namanya sangat popular, sangat gah di persada blog tanahair.

Aku tak respek dengan blogger macam ni!