Rabu, 8 Februari 2012

UNITED KINGDOM

Esok aku akan terbang melayang ke Manchester, United Kingdom. Tiket dah pun ditempah awal-awal. Aku akan menaiki Emirates Airlines. Ternyata, ia membuatkan aku rasa lega. Aku pernah sekali menaiki Emirates Airlines semasa mahu ke Brisbane, Australia. Kepuasan lahir dari servis & kemudahan Emirates yang membuatkan aku rasa terpikat dengan segala yang ditawarkan.

Harga tiket pergi balik KL - Dubai - Manhester dalam RM3850. Aku dapati tiket ini lebih jauh murah dari tiket MAS. Jadi, aku nasihatkan, korang survey dulu sebelum tempah tiket.

Oh, ini kali kedua aku ke United Kingdom. Dah lama sebenarnya tak ke sana. Kali terakhir pun, aku ke Kota London untuk menonton Konsert Siti Nurhaliza di Royal Albert Hall pada tahun 2005 kalau tak silap.


- Posted using BlogPress from my iPhone