Seronok dapat hadiah. Teruja dapat hadiah. Maklumlah hadiah memang gempak. Bukan selalu aku dapat.
Macam aku cakap, hidup akan jadi best bila selalu dapat hadiah. Tapi siapalah kita eh? Bukannya retis pun nak selalu dapat hadiah. Sebenarnya, retis pun takde gak yang dapat hadiah selalu.
Alhamdulilah, setakat ini, setelah aku berusaha keras dengan sekeras-kerasnya dalam masa 5 tahun menulis blog, sebagai full time blogger, aku kini mendapat hadiah dari hasil kesungguhan itu.
Terima kasih kepada yang menghadiahkan aku sebuah iPhone 5, eh, iPhone 5 belum keluar lagilah. Yang aku maksudkan ialah iPhone 4S yang baru je keluar beberapa bulan lepas. Hadiah ini sempena dengan ulangtahun budiey.com ke-5.
Aku tak mengharap pun apa-apa balasan tapi bila dah orang kasi, takkan aku nak tolak, ye ke tidook?
Mungkin tahun depan aku dapat hadiah kereta Mercedes pulak, sape tahu kan?