Selasa, 6 Mac 2012

KUNTUM

Semalam, jam 8 malam, aku dikejutkan dengan satu berita yang mendukacitakan di mana seorang bekas wartawan bernama Kuntum atau nama sebenarnya, Mohd Asyraf Abdul Manaf telah pun pergi buat selama-lamanya ke alam yang kekal, alam baqa'. Sekalung salam takziah buat semua keluarga dan kenalan allahyarham.

Marilah sama-sama kita hadiahkan Al-Fatihah buat arwah. Semoga ruh allahyarham Asyraf aman di sana dan semoga Allah menempatkannya di kalangan orang yang beriman.

Sejurus selepas aku mendapat tahu tentang kehilangan seorang teman ini di twitter, dan aku terus retweet. Lalu aku buka Facebook Kuntum dan aku lihat ramai kenalan allahyarham telah mencoret ucapan takziah. Entah kenapa dalam hati, aku dah rasa yang Kuntum akan pergi sebab beberapa bulan lalu, aku ada terbaca tentang Kuntum sakit tenat. Dia terlantar di hospital dan giat menjalani rawatan pemulihan. Dia selalu demam dan juga sakit sampai tak dapat bangun. Kesian betul.

Untuk pengetahuan, Kuntum adalah bekas wartawan tabloid Bacaria terbitan Karangkraf. Juga pernah menjadi pembekal content untuk Portal GUA juga. Kalau tak silap aku, dalam tahun 2009-2010, Kuntum berhenti jadi wartawan kerana mahu meneruskan cita-cita murninya untuk menjadi guru lalu dihantar di Kapit, Sarawak. Kalau tak silap aku la kan.

Puas jenuh aku cari gambar aku bersama Kuntum kat Facebook, memang satu pun tak jumpa, padahal aku selalu bergambar dengan arwah. Tapi tak pe, ini gambar aku ambil dari FB Raja Faraa, juga teman baik yang bekerja di Era FM.

kuntum

You will be missed dearly, Ashraf "Kuntum" Abd Manaf. 21 October 1985 - 5 March 2012. Al-Fatihah.

Pastinya, ramai yang akan merindui keletah, gurauan dan juga usikan dari Kuntum.

Semasa cuti penggal, Kuntum masih meluangkan masa untuk datang menjenguk kami di event di mana dia menjadi penulis sambilan di Portal GUA.

Aku kaget seketika membaca tentang perkhabaran sedih ini. Ya, aku sedih sebab aku mengenali allahyarham. Kami biasanya selalu bertemu di events, majlis-majlis dan sudah tentu pernah bercakap dan bertukar pendapat. Tak banyak kenangan aku dengan Kuntum. Cuma kami selalu juga hang out di event je.

Oh pernah sekali Kuntum cakap kat aku yang dia nak hantar story artis untuk disiarkan di budiey.com tapi aku cakap, aku tak dapat bayar sebab takde duit nak bayar artikel lalu aku suruh Kuntum hantar je kepada Portal GUA.

Betapa hidup ini sangat singkat dan segalanya berlaku dengan pantas. Allahyarham Kuntum meninggal akibat sakit tenat dan terlantar di hospital berbulan-bulan lamanya. Aku tak naklah ceritakan secara terperinci penyakit yang menyerang Kuntum kat sini. Apa yang aku dengar dan boleh kasi tau kat sini, Kuntum sakit gara-gara perbuatan manusia yang busuk hati dan tak puas hati.

Mengimbas kembali kenangan bersama Kuntum, dia seorang yang peramah, tak lokek dangan ilmu, kaya dengan pendapat dan fikiran yang bernas. Dan aku yakin sepanjang dia bertugas sebagai pendidik, pasti ramai anak murid dan guru-guru menyukai Kuntum sebab dia memang baik hati orangnya. Peramah sangat.

Seperti biasa, apabila kehilangan kenalan, aku akan rasa insaf sekejap. Insaf tentang hakikat kehidupan yang mana penghujungnya adalah kematian. Kita tidak kekal selamanya di dunia ini. Samada kita kaya ke, miskin ke, sakit ke, popular ke, apa ke, kita tetap akan menemui mati. Dan mati itu wajib dan sentiasa mengintai kita dari belakang.

Tragis ini membuatkan aku rasa mahu menghargai orang-orang yang ada di sekitar termasuk kenalan, retis-retis, PR, keluarga dan juga pembaca budiey.com. :) Aku juga mengaku yang memang aku ada banyak buat silap dan salah pada orang lain dan aku dengan hati yang mulus mahu memohon maaf jika aku ada buat salah kat korang yang sudi baca coretan kat diari ini. Semoga dengan kemaafan ini dapat membersihkan secebis dosa yang melekat berkarat di dinding noda.

Apa yang aku mahu, aku mahu mati dalam iman. Noktah!