Seperti mana yang dijadualkan, hari ini aku terbang ke Jakarta untuk mengikuti sebalik tabir pembikinan video klip terbaru untuk single terbaru berjudul SALLY dari penyanyi Alvin Anthons.
Alvin Anthons penyanyi berbangsa India tapi fasih berbahasa Melayu.
Jam 4.30 pagi, aku bingkas untuk bersiap. Hanya dapat merehatkan mata dalam 3 jam sahaja. Semalam, aku packing pun last minit.
Lepas mandi sempat lagi nak upload video episod terakhir temubual eksklusif bersama penyanyi Prema Yin di mana hari ini secara eksklusifnya jugak blog budiey.com menyiarkan muzik video terbaru untuk pertama kalinya berjudul Superstar.
Jam 5 pagi, aku dah siap untuk keluar rumah. Isteri aku hantar ke KL Sentral dan dari situ aku ambil ERL (RM35) ke KLIA.
Sampai ke KLIA jam 5.45 pagi. Liza mesej untuk jumpa kat kaunter E.
Alvin Anthons belum sampai.
Borak dengan Liza. Tanpa tunggu Alvin, kami check in dulu.
Jam 6.15 pagi, Alvin Anthons bersama kawannya Mohan.
Balik dari Jakarta, aku kena pergi Kuching, Sarawak untuk jadi fotografer rasmi Rafflesia yg membawa retis-retis terkenal juga turut diterbangkan ke sana. Nak tak nak, aku kena cancel rombongan cik kiah ke Terengganu pada hari Jumaat sebab aku balik dari Jakarta pun hari Sabtu.
Memandangkan aku tak dapat join Konsert Big Jam Hot FM 2012, Liza suruh aku extend sehari, maknanya aku kena balik ke KL pada hari Sabtu. Maka, jadual aku lebih kurang macam ni. Terbang ke Jakarta hari Rabu, behind the scenes pembikinan video klip Sally pada hari Khamis, pada hari Jumaat pula aku kena ikut Liza & Alvin Anthons ke Bandung. Dan, hari Sabtu aku terbang semula ke Kuala Lumpur.
Okay, aku pun sebulat suara dan tanpa membantah bersetuju untuk extend sehari.
Aku dan Liza terus mencari kaunter tiket untuk buat pindaan. Liza kena bayar dalam RM100 macam tu.
Nasib baik kaunter tiket takdelah ramai sangat orang beratur, jadi tak makan masa yang lama.
Kami terus boarding.
Mengantuk ya amat. Aku hanya tidur sekejap je dalam flight. Selebihnya aku borak dengan Liza.
Makan dalam flight MAS pun cam tak berselera sebab terlalu letih luar dan dalam. Campur dengan rasa mengantuk lagi. Nasi lemak lauk rendang udang yang best tu rasa cam biasa-biasa je.
Banyak info baru yang aku dapat dari Liza ni sebab dia kan isteri pada Ajai. Jadi, pasti dia tahu akan semua perkembangan terkini Wake The Baby.
Liza cakap, terbaru mereka dah pun siapkan muzik video terbaru Hafiz Awan Nano berjudul Kita Satu yang mana pengambarannya dibuat kat Tasik Chini.
Sampai di Lapangan Terbang Antarabangsa Soekarno-Hatta, maka bermulalah rakaman travelogue.
Diorang dah siap beli sim card kat sini untuk senang berhubung. Aku pulak, rasa tak perlulah nak beli simcard sebab aku akan langgan pakej data unlimited dari Maxis. Langgan terus untuk 3 hari = RM88.
Dari airport, kami dibawa ke The Bezzella Apartement untuk menginap kat sana. Kalau nak tahu, rumah kondo yang kami duduki ni mewah sangat la, luas dan besar ya. Sebenarnya, ia milik Utusan. Bermalam untuk 2 malam dan 1 malam lagi, kami akan bermalam di hotel kat Jakarta.
Malam ni, kami plan nak pergi makan seafood kat Bens Hills (Bendungan Hilir). Memang femes dan sedap seafood kat situ.
Ini lobby The Bezzella. Nampak sangat kemewahan yang teramat umpama rumah selebritas ternama di Hollywood. Oceh!
Sesampai je dalam bilik, aku tak terus berehat sebab aku kena buat kerja. Adui banyak betul kerja aku ni. Inilah dia meja dan ofis sementara aku kat Jakarta ni...
Kalau nak datang terjah, bolehlah datang, ini nombor hotel apartement aku...
Jam 3 petang, kami ke bawah apartement untuk makan tengahari. Kami dibawa oleh wartawan Utusan yang bekerja kat sini. Eh, restoran ni memang best gaklah terutama telur gorengnya yang ada kicap manis ni. Semua cakap sedap.
Alvin dah tak sabar nak makan.
Minum pula aku pekena segelas jeruk kelapa. Macam campuran air oren dan air kelapa. Best gak la. First time aku cuba ni.
Ini dia menu yang ada di restoran Istana ni.
Lepas kenyang makan, aku gi lepak-lepak rumah Che Din Utusan.
Lepas belek-belek majalah dan pekena air tea tarik, kami pun turun kat bawah untuk jemput pengarah, penerbit dan juga krew produksi untuk muzik video Alvin Anthons ni. Diorang semua memang peramah dan profesional.
Lepas semua datang, kami bawa diorang naik atas sebab diorang akan present dan kasi briefing untuk pra produksi.
Ini dia pemandangan dari luar balkoni apartemen kami.
Kamera canon ni dah tak sabar nak bekerja dah kot.
Lepas habis briefing, aku sempat lelapkan mata dalam sejam cam tu, sebab Liza ketuk bilik, kami nak keluar jalan-jalan ke Plaza Indonesia, shopping dan makan malam kat Bens Hills.
Fresh la sikit muka aku lepas tidur sejam dua.
Aku dan Liza dalam kereta. Jyea.
Lebih kurang sejam lebih gak la tunggu dalam kereta sebab macet kat Jakarta sangat sucks dan sangat parah. Memang nak kena re-structure balik kot.
Jem yang amat
Sampai di Plaza Indonesia, kami terus merayau-rayau. Aku tak banyak shopping sangat pun sebab kat sini semuanya barangan branded. Aku cuma ke Hard Rock Cafe Jakarta yang terletak bersebelahan dgn Plaza Indonesia je.
Dan, belum apa-apa lagi, Alvin dah jumpa dengan Sally... huhu.
Aku kat depan Rock Shop
Sebelum balik ambik Che Din, kami makan dulu aiskrim kat Bakerzins
Lepas ambik Che Din dan Zuri, kami terus ke Bens Hills.
Kebetulan Dafi pun ada kat Jakarta ketika ini, maklumlah sekarang ni Dafi dah jadi pengacara program hiburan kat Jakarta ni tapi masih dalam peringkat percubaan dulu.
So, sempat la hang out dengan Dafi jap kat Bens Hills ni.
Pulang dalam kekenyangan, keletihan dan kemengantukan yang amat sangat.
Kena tidur seawal yang mungkin sebab esok pagi aku kena bangun jam 5 pagi (6 pagi waktu Malaysia) untuk ke lokasi pengambaran video klip Sally - Alvin Anthons.