Rabu, 7 Mac 2012

JAKARTA

Seperti mana yang dijadualkan, hari ini aku terbang ke Jakarta untuk mengikuti sebalik tabir pembikinan video klip terbaru untuk single terbaru berjudul SALLY dari penyanyi Alvin Anthons.

Alvin Anthons penyanyi berbangsa India tapi fasih berbahasa Melayu.

Jam 4.30 pagi, aku bingkas untuk bersiap. Hanya dapat merehatkan mata dalam 3 jam sahaja. Semalam, aku packing pun last minit.

Lepas mandi sempat lagi nak upload video episod terakhir temubual eksklusif bersama penyanyi Prema Yin di mana hari ini secara eksklusifnya jugak blog budiey.com menyiarkan muzik video terbaru untuk pertama kalinya berjudul Superstar.

Jam 5 pagi, aku dah siap untuk keluar rumah. Isteri aku hantar ke KL Sentral dan dari situ aku ambil ERL (RM35) ke KLIA.

Sampai ke KLIA jam 5.45 pagi. Liza mesej untuk jumpa kat kaunter E.

Alvin Anthons belum sampai.

Borak dengan Liza. Tanpa tunggu Alvin, kami check in dulu.

Jam 6.15 pagi, Alvin Anthons bersama kawannya Mohan.

Balik dari Jakarta, aku kena pergi Kuching, Sarawak untuk jadi fotografer rasmi Rafflesia yg membawa retis-retis terkenal juga turut diterbangkan ke sana. Nak tak nak, aku kena cancel rombongan cik kiah ke Terengganu pada hari Jumaat sebab aku balik dari Jakarta pun hari Sabtu.

Memandangkan aku tak dapat join Konsert Big Jam Hot FM 2012, Liza suruh aku extend sehari, maknanya aku kena balik ke KL pada hari Sabtu. Maka, jadual aku lebih kurang macam ni. Terbang ke Jakarta hari Rabu, behind the scenes pembikinan video klip Sally pada hari Khamis, pada hari Jumaat pula aku kena ikut Liza & Alvin Anthons ke Bandung. Dan, hari Sabtu aku terbang semula ke Kuala Lumpur.

Okay, aku pun sebulat suara dan tanpa membantah bersetuju untuk extend sehari.

Mahu ke transfer desk jap

Aku dan Liza terus mencari kaunter tiket untuk buat pindaan. Liza kena bayar dalam RM100 macam tu.

Nasib baik kaunter tiket takdelah ramai sangat orang beratur, jadi tak makan masa yang lama.

Kami terus boarding.

Mengantuk ya amat. Aku hanya tidur sekejap je dalam flight. Selebihnya aku borak dengan Liza.

Makan dalam flight MAS pun cam tak berselera sebab terlalu letih luar dan dalam. Campur dengan rasa mengantuk lagi. Nasi lemak lauk rendang udang yang best tu rasa cam biasa-biasa je.

Sarapan dgn nasi lemak rendang udang

Banyak info baru yang aku dapat dari Liza ni sebab dia kan isteri pada Ajai. Jadi, pasti dia tahu akan semua perkembangan terkini Wake The Baby.

Liza cakap, terbaru mereka dah pun siapkan muzik video terbaru Hafiz Awan Nano berjudul Kita Satu yang mana pengambarannya dibuat kat Tasik Chini.

Sampai di Lapangan Terbang Antarabangsa Soekarno-Hatta, maka bermulalah rakaman travelogue.

Budiey & penyanyi @alvinanthons yg mana akan merakam video klip terbaru berjudul Sally di Jakarta.

Diorang dah siap beli sim card kat sini untuk senang berhubung. Aku pulak, rasa tak perlulah nak beli simcard sebab aku akan langgan pakej data unlimited dari Maxis. Langgan terus untuk 3 hari = RM88.

Dari airport, kami dibawa ke The Bezzella Apartement untuk menginap kat sana. Kalau nak tahu, rumah kondo yang kami duduki ni mewah sangat la, luas dan besar ya. Sebenarnya, ia milik Utusan. Bermalam untuk 2 malam dan 1 malam lagi, kami akan bermalam di hotel kat Jakarta.

Malam ni, kami plan nak pergi makan seafood kat Bens Hills (Bendungan Hilir). Memang femes dan sedap seafood kat situ.

Luxury

Ini lobby The Bezzella. Nampak sangat kemewahan yang teramat umpama rumah selebritas ternama di Hollywood. Oceh!

Sesampai je dalam bilik, aku tak terus berehat sebab aku kena buat kerja. Adui banyak betul kerja aku ni. Inilah dia meja dan ofis sementara aku kat Jakarta ni...

Ini dia ofis sementara Budiey kat Jakarta ni. Simple jer

Kalau nak datang terjah, bolehlah datang, ini nombor hotel apartement aku...

Our room

Jam 3 petang, kami ke bawah apartement untuk makan tengahari. Kami dibawa oleh wartawan Utusan yang bekerja kat sini. Eh, restoran ni memang best gaklah terutama telur gorengnya yang ada kicap manis ni. Semua cakap sedap.

Alvin dah tak sabar nak makan.

@alvinanthons tgh tunggu makanan sampai. Hungreeyyy

Minum pula aku pekena segelas jeruk kelapa. Macam campuran air oren dan air kelapa. Best gak la. First time aku cuba ni.

Minum jeruk kelapa. Air lemon campur air nyiur. Best ke tidoook?

Ini dia menu yang ada di restoran Istana ni.

Menu Istana

Lepas kenyang makan, aku gi lepak-lepak rumah Che Din Utusan.

Baca novel ke, bro? Hahaha

Berangan jadi orang kaya jap. Baca majalah. Huhu

Lepas belek-belek majalah dan pekena air tea tarik, kami pun turun kat bawah untuk jemput pengarah, penerbit dan juga krew produksi untuk muzik video Alvin Anthons ni. Diorang semua memang peramah dan profesional.

Penerbit & pereka kostum untuk video muzik Alvin Anthons - SALLY

Lepas semua datang, kami bawa diorang naik atas sebab diorang akan present dan kasi briefing untuk pra produksi.

Meeting pra produksi muzik video single terbaru Alvin Anthons

Ini dia pemandangan dari luar balkoni apartemen kami.

Panorama dari kamar hotel ku

Kamera canon ni dah tak sabar nak bekerja dah kot.

My camera - Canon EOS 60D dah ada kepala

Lepas habis briefing, aku sempat lelapkan mata dalam sejam cam tu, sebab Liza ketuk bilik, kami nak keluar jalan-jalan ke Plaza Indonesia, shopping dan makan malam kat Bens Hills.

Mahu pergi makan malam di Plaza Indonesia

Fresh la sikit muka aku lepas tidur sejam dua.

Aku dan Liza dalam kereta. Jyea.

Dalam kereta dgn Liza (isteri Ajai) ke Plaza Indonesia

Lebih kurang sejam lebih gak la tunggu dalam kereta sebab macet kat Jakarta sangat sucks dan sangat parah. Memang nak kena re-structure balik kot.

Jem yang amat

Macet! Jalan jem dow.

Sampai di Plaza Indonesia, kami terus merayau-rayau. Aku tak banyak shopping sangat pun sebab kat sini semuanya barangan branded. Aku cuma ke Hard Rock Cafe Jakarta yang terletak bersebelahan dgn Plaza Indonesia je.

Dan, belum apa-apa lagi, Alvin dah jumpa dengan Sally... huhu.

Alvin dah jumpa Sally

Aku kat depan Rock Shop

Rock Shop

Sebelum balik ambik Che Din, kami makan dulu aiskrim kat Bakerzins

Nyum nyum

Fendi

Lepas ambik Che Din dan Zuri, kami terus ke Bens Hills.

Ikan bakar, nyam nyum

Kerang bakar. Dap!

Ketam

Kebetulan Dafi pun ada kat Jakarta ketika ini, maklumlah sekarang ni Dafi dah jadi pengacara program hiburan kat Jakarta ni tapi masih dalam peringkat percubaan dulu.

So, sempat la hang out dengan Dafi jap kat Bens Hills ni.

Cuba teka sape retis ni?

Hang out dgn Dafi kat Jakarta. Suka gak dgr gosip. Hahaha

Pulang dalam kekenyangan, keletihan dan kemengantukan yang amat sangat.

Kena tidur seawal yang mungkin sebab esok pagi aku kena bangun jam 5 pagi (6 pagi waktu Malaysia) untuk ke lokasi pengambaran video klip Sally - Alvin Anthons.

















Selasa, 6 Mac 2012

KWSP

Semalam yang indah kita tinggalkan,
Biar ia berlalu bersama semilir bayu yang menderu,
Semalam yang pahit, juga kita tinggalkan,
Biar ia berlalu bersama sejuta kenangan yang tercalar...

Hakikatnya? Dunia sekadar pinjaman.

Heh, bermadah seloka la pulok. Huhu!

Diari kita berselak lagi. Hari bertukar hari.

Hari ini, aku memang banyak benda yang nak kena settle sebenarnya. Oh, selama ni pun memang itulah kerja kita kat atas dunia ini pun kan.

Selesaikan misi, tunaikan janji dan kotakan mimpi. Ayuh!

Aku bernasib baik sebab hari ini, tiada banyak event yang menanti untuk aku hadiri. Cuma ada kerja-kerja rutin yang aku kena settle di awal pagi. Selesaikan semuanya, baru boleh aturkan misi, memasang strategi.

Usai segala kerja rutin, aku ke Berjaya Times Square di Jalan Imbi dengan hasrat mahu menutup akaun U-Mobile.

Dengan itu, secara rasminya hari ini, aku bukan lagi pengguna U Mobile setelah aku menamatkan perkhidmatan dan melupuskn nombot 018. Sebenarnya, aku dapat nombor ni pun percuma, bersekali dengan telefon HTC Desire S.

Usahlah korang jeles dan cemburu buta ya, U-Mobile yang kasi percuma, so aku ambik je lah. Tapi katanya, aku tak perlu bayar pun RM30 sebulan tu, eh tiba-tiba, setiap bulan aku dapat bil gak RM28 untuk pakej internet tu. Tak nak lah lagu tu. 

Tak mahulah aku. Dah cukup la dengan pakej internet daripada Maxis. Sebulan aku bayar bil sebanyak RM130 lebih cam tu. Aku tak banyak call orang pun, orang yang call aku dan aku banyak guna untuk data internet je.

Facebook, Twitter, Email, Instagram dan bla-bla-bla...

Dan, telefon bimbit HTC Desire S tu masih terbiar sepi, takde orang nak guna. Kalau korang nak ambiklah beb.

Beberapa bulan lalu, aku ada iklankan sape yang nak, aku nak jual murah-murah je. Gadget tu memang ada kelas gak la, kira cukup lengkap segala sebagai satu Android. Cuma HTC ni tak ramai orang Malaysia guna macam iPhone atau Blackberry.

Okaylah, kalau korang nak, aku kasi je RM1,000. Fizikal masih nampak baru lagi dowh! Sebab aku tak pernah pakai pun. 

Aku ni pantang orang kasi percuma, ambik je lah. Aku rasa korang pun macam tu gak kan? 

Tak habis bercerita lagi pasal U Mobile ni sebab masa aku hari ini banyak gak lah membazir dengan hanya menunggu giliran di kaunter U Mobile nih.

Yelah, tengoklah kaunternya ada berapa je. Memang tak efisyen langsung. Tak macam Maxis. Ish, tak usahlah bandingkan dengan Maxis. Memang jauh panggang dari api. Siap aku boleh pergi window shopping kat sekitar level concourse tu. Tercari-cari kedai kamera Nikon yang jual Microphone Stereo model ME1. Tapi tak jumpa. Kat Low Yat je ada benda alah tu.

Nikon Stereo Microphone ME1


Nikon ME1 RM560

Good sound


Lepas settlekan bil tertunggak sebanyak RM83 di U Mobile, aku terus ke Low Yatt. Akhirnya aku jumpa jugak kedai yang jual microphone stereo tu. Kedai yang sama gak la yang aku survey itu hari. Tapi aku masih ingat lagi, masa aku datang survey tu harga microfon ni dalam RM450. Tapi sekarang dah naik la pulak RM570. Ishhh... nak tak nak, aku kena angkat gak la sebab malas nak membazir masa cari kat kedai lain. 

Alang-alang, aku sampai sini, aku belikan sekali 4 biji bateri rechargeable jenama Sanyo. Agak mahal gak la aku rasa bateri macam ni sekarang ni. Tak pe, aku rembat je lah. Harga 4 biji bateri tu dalam RM60.

Sanyo Rechargeable Battery

Kiranya sekali setahun aku ganti bateri yang boleh dicaj semula ini. Kali terakhir aku beli pun dalam bulan Januari 2011.

Aku ingat ke charger bateri yang rosak, rumahnya bateri lak yang dah kong. Minta dibeli yang baru. Bateri ini aku guna untuk flash kamera Canon EOS 60 D aku tu je.

Selesai shopping di Low Yatt Plaza, aku ke Sungei Wang Plaza untuk tukar mata wang rupiah. Sekaligus aku mendapat gelaran jutawan sekelip mata selepas aku tukar RM200. Dapat berjuta-juta beb. Sape tak nak hahhahaha.

Dari Bukit Bintang, aku meng-arahkan diriku ke pejabat KWSP yang berdekatan dengan stesen LRT Bandaraya tu. Urusan aku adalah mengeluarkan wang KWSP untuk membeli rumah. Jyea, urusannya sangat senang kalau kita ikut prosedur. Nasib baik tak ramai orang kat kaunter, jadi segala urusan boleh selesai dalam masa 15 minit. Cuma aku sangat terkilan, aku tak dapat mengeluarkan dari akaun wife aku sebab nama dia takde dalam SNP. Adusss, silap aku jugak tak letak nama wife aku. Mulanya memang aku letak selepas berbincang, kami ambil keputusan untuk delete balik nama wife. Adoi, itulah aku pun terlalu dengar cakap Dayang jurujual rumah PKNS tu.

Frust pun frustlah, terpaksalah telan jugak kan.

Jadi pengajarannya, kepada anda yang dah ada isteri dan mahu membeli rumah, jangan lupa letakkan nama isteri anda dalam SNP (Perjanjian Jual Beli) untuk menyenangkan anda mengeluarkan wang dari akaun ke-2 KWSP anda. Tak nak letak nama isteri dalam perjanjian pinjaman tak apa, tapi kalau dalam SNP, better korang letak la.

Malam, aku siapkan kerja dan packing. Esok pagi-pagi lagi aku dijadualkan akan terbang ke Jakarta, Indonesia untuk buat travelogue di sana bersama seorang penyanyi lelaki bernama Alvin Anthons. Katanya, dia ke Jakarta untuk mencari Sally. Huh...

Kat Malaysia pun ramai wanita bernama Sally kan? Kenapa harus ke Jakarta? Okay, korang tunggu je lah catatan jurnal aku di Jakarta ya.

Jumpa korang di lain masa. Aku sayangkan korang. Sayang sangat-sangat. Itu yang korang harus tahu.

Bye Bye...

KUNTUM

Semalam, jam 8 malam, aku dikejutkan dengan satu berita yang mendukacitakan di mana seorang bekas wartawan bernama Kuntum atau nama sebenarnya, Mohd Asyraf Abdul Manaf telah pun pergi buat selama-lamanya ke alam yang kekal, alam baqa'. Sekalung salam takziah buat semua keluarga dan kenalan allahyarham.

Marilah sama-sama kita hadiahkan Al-Fatihah buat arwah. Semoga ruh allahyarham Asyraf aman di sana dan semoga Allah menempatkannya di kalangan orang yang beriman.

Sejurus selepas aku mendapat tahu tentang kehilangan seorang teman ini di twitter, dan aku terus retweet. Lalu aku buka Facebook Kuntum dan aku lihat ramai kenalan allahyarham telah mencoret ucapan takziah. Entah kenapa dalam hati, aku dah rasa yang Kuntum akan pergi sebab beberapa bulan lalu, aku ada terbaca tentang Kuntum sakit tenat. Dia terlantar di hospital dan giat menjalani rawatan pemulihan. Dia selalu demam dan juga sakit sampai tak dapat bangun. Kesian betul.

Untuk pengetahuan, Kuntum adalah bekas wartawan tabloid Bacaria terbitan Karangkraf. Juga pernah menjadi pembekal content untuk Portal GUA juga. Kalau tak silap aku, dalam tahun 2009-2010, Kuntum berhenti jadi wartawan kerana mahu meneruskan cita-cita murninya untuk menjadi guru lalu dihantar di Kapit, Sarawak. Kalau tak silap aku la kan.

Puas jenuh aku cari gambar aku bersama Kuntum kat Facebook, memang satu pun tak jumpa, padahal aku selalu bergambar dengan arwah. Tapi tak pe, ini gambar aku ambil dari FB Raja Faraa, juga teman baik yang bekerja di Era FM.

kuntum

You will be missed dearly, Ashraf "Kuntum" Abd Manaf. 21 October 1985 - 5 March 2012. Al-Fatihah.

Pastinya, ramai yang akan merindui keletah, gurauan dan juga usikan dari Kuntum.

Semasa cuti penggal, Kuntum masih meluangkan masa untuk datang menjenguk kami di event di mana dia menjadi penulis sambilan di Portal GUA.

Aku kaget seketika membaca tentang perkhabaran sedih ini. Ya, aku sedih sebab aku mengenali allahyarham. Kami biasanya selalu bertemu di events, majlis-majlis dan sudah tentu pernah bercakap dan bertukar pendapat. Tak banyak kenangan aku dengan Kuntum. Cuma kami selalu juga hang out di event je.

Oh pernah sekali Kuntum cakap kat aku yang dia nak hantar story artis untuk disiarkan di budiey.com tapi aku cakap, aku tak dapat bayar sebab takde duit nak bayar artikel lalu aku suruh Kuntum hantar je kepada Portal GUA.

Betapa hidup ini sangat singkat dan segalanya berlaku dengan pantas. Allahyarham Kuntum meninggal akibat sakit tenat dan terlantar di hospital berbulan-bulan lamanya. Aku tak naklah ceritakan secara terperinci penyakit yang menyerang Kuntum kat sini. Apa yang aku dengar dan boleh kasi tau kat sini, Kuntum sakit gara-gara perbuatan manusia yang busuk hati dan tak puas hati.

Mengimbas kembali kenangan bersama Kuntum, dia seorang yang peramah, tak lokek dangan ilmu, kaya dengan pendapat dan fikiran yang bernas. Dan aku yakin sepanjang dia bertugas sebagai pendidik, pasti ramai anak murid dan guru-guru menyukai Kuntum sebab dia memang baik hati orangnya. Peramah sangat.

Seperti biasa, apabila kehilangan kenalan, aku akan rasa insaf sekejap. Insaf tentang hakikat kehidupan yang mana penghujungnya adalah kematian. Kita tidak kekal selamanya di dunia ini. Samada kita kaya ke, miskin ke, sakit ke, popular ke, apa ke, kita tetap akan menemui mati. Dan mati itu wajib dan sentiasa mengintai kita dari belakang.

Tragis ini membuatkan aku rasa mahu menghargai orang-orang yang ada di sekitar termasuk kenalan, retis-retis, PR, keluarga dan juga pembaca budiey.com. :) Aku juga mengaku yang memang aku ada banyak buat silap dan salah pada orang lain dan aku dengan hati yang mulus mahu memohon maaf jika aku ada buat salah kat korang yang sudi baca coretan kat diari ini. Semoga dengan kemaafan ini dapat membersihkan secebis dosa yang melekat berkarat di dinding noda.

Apa yang aku mahu, aku mahu mati dalam iman. Noktah!

Ahad, 4 Mac 2012

BANJARIA

Malam ni, aku tidur lewat sikit. Temankan bini aku buat kerja pejabat. Dalam jam 2 pagi ada kot. Mata rabak dow! Kesian jugak kat dia. Aku dah suruh dia berhenti kerja, dia dah hantar surat berhenti. Tapi nak berhenti pun kerja suku sembam jek. Huh, stress gak. Tak kerja lagi senang dow!

Kami dijangka akan berpindah ke rumah baru dalam pertengahan bulan April. Bermakna kami ada masa sebulan setengah je lagi untuk bersiap sedia segala untuk pindah. Aku faham, semua kerja kena buat berperingkat. Nak buat sekaligus memang tak sempat.

Apa yang melegakan, segala proses pembelian rumah dah pun selesai. Sekarang dah tiba masa untuk keluarkan duit dari KWSP untuk buat rumah. Aku tak tahu la lama mana proses untuk keluarkan wang dari akaun ke-2 wang simpanan pekerja ni. Kalau korang tahu details pasal benda ni atau korang pernah mohon untuk keluarkan duit dari KWSP, korang habaq kat sini, okay?

Ini gambar pandangan dari atas rumah. Memang tinggi gak la rumah yang aku akan stay dengan wife, 2 tingkat dari atas.

Banjaria

Jenuhlah aku nak naik lif nanti. Sekarang tak rasalah sebab duk kat tingkat tiga je. Huh! Masalah lif ni pun satu hal gak.

Sesungguhnya aku tak suka untuk tinggalkan apartment yang aku duduki sekarang. Namun, memandangkan aku tak nak lagi menyewa, pastinya aku kena berhijrah ke satu tempat yang lebih selesa aku kira.

Tapi rumah yang aku beli tu, jauh sikit dengan KL. Lebih kurang makan masa lebih 15 minit jugaklah dari tempat aku tinggal sekarang.

Apa-apa pun aku kena berpindah untuk kebaikan. Hijrah itu perjuangan. Heh!

Yang lebih mengujakan, aku beli rumah ni adalah hasil titik peluhku sendiri ya. Bukan menang sebarang peraduan ya. Jadi, aku harap dengan segala pelaburan yang aku buat ini cukup berbaloi-baloi.

Nak dibandingkan dari keselesaan, memang aku rasa rumah baru lagi lebih selesa. Cukup dengan prasarana. Ada swimming pool dan gym lagi. So, takdela ada alasan untuk aku kuruskan badan lepas nih, kan? Nak main badminton pun boleh. Ada court. Jyea!

Sekarang ni, dalam pada aku sibuk dengan travelogue dan events, aku disibukkan juga dengan proses renovation. Alhamdulilah, aku dah upah kontraktor untuk buat plaster ceiling, pasang grill, kabinet dapur dan semuanya lah. Harap segalanya siap pada awal bulan April ni sebab pertengahan bulan aku dah nak choww dari sini.

Dah tak sabar rasanya nak pindah.

Ruang tamu aku dah pun dalam peringkat pengubahsuaian. Dinding pun kena hacked untuk letak penghawa dingin.

Banjaria

Kat dapur jugak aku kena buat slinding window dengan awning dan exted grill box.

Banjaria

Sink tab dan juga paip untuk dapur pun aku beli yang baru. Yang lebih bermutu la tu kot.

Banjaria