Selasa, 2 Ogos 2011

APES

Hari kedua berpuasa. Hati jauh melayang rindu. Rindu pada memori lalu, rindu pada keluargaku yang jauh nun di timur.

Hari kedua berpuasa, ku rasa sangat lega kerana semalam ku rasa pelangi Ogos penuh mega. Ya, satu Ogos adalah titik peralihan bagi aku untuk terus mengejar cinta. Berapa usiaku? Biarkan menjadi satu tanda tanya kerna yang jadi soal sebenarnya adalah apa kerja yang berjaya laksana.

Semalam aku terima banyak sekali ucapan dari teman sahabat di Twitter dan di Facebook. Kalau dulu SMS dititip, tapi kini SMS yang ku terima boleh dibilang dengan jari. Sangat sikit.

Terima kasih sajelah buat semua yg melayangkan ucapan. Love you all. Muah muah.

Hari ini, call time utk recording Carta Blockbuster pada jam 1 tengahari. Kira okay lah. Sebab aku tak bersedia apa-apa. Dahlah filem yg aku nak ulas tu iaitu The Rise of the Planet of The Apes tu aku belum tonton pun. Huhu pecah rahsia. Tapi aku ada baca review dari IMDB. Kat situ tak banyak ulasan. Ada 3 review je.

Cerita tentang sekumpulan ahli sains muda yang buat eksperimen tentang kepintaran manusia dgn menyuntik dadah jenis 112 kpd beruk dan didapati ia dapat menyembuh penyakit Alzheimer.

Lakonan terbaik James Franco tapi taklah sehebat lakonan beliau dalam filem 127 Hours. Ohya, selain itu, bintang Harry Porter juga berlakon dalam filem ni iaitu kalau tak silap nama dia James Felton.

Apa yang mengkagumkan aku ialah penggunaan CGI dan Motion Captured. Kalau 40 tahun lepas masa The Planet of The Apes, diorang guna kostum beruk dan kesan solekan, tapi untuk kali ini kita dapat tonton kesan khas CGI yg boleh kira awesome gak la.


- Posted using BlogPress from my iPhone