Diary Budiey
Khamis, 28 Disember 2023
GARDEN BY THE BAY
Sebenarnya dah banyak kali dah aku dapat stay kat Marina Bay Sands tapi tak berkesempatan untuk singgah kat sini. Jalan kaki pun sampai sebenarnya. Tapi bila dah stay kat Clarke Quay, aku terpaksa ambik Grab untuk ke sini.
Sampai sini, orang ramai sangat. Haa siapa suruh aku datang masa cuti sekolah. Memang ramai lah.
Kat sini ada beberapa spot yang kena beli tiket. Jadi, aku beli tiket untuk masuk dalam dua tempat iaitu kat
KENA BULI
Aku percaya setiap apa yang kita buat dalam dunia ni ada pembalasannya. Tak esok lusa, kalau tak lusa, kau tunggu je lah masanya. Aku nak tengok je macamana keadaannya.
Minda aku masih lagi dihantui dengan kejadian buli tempohari. Ia macam duri tajam yang menikam hati. Tusukannya sangat dalam. Agaknya lama juga aku akan sembuh. Tapi aku bertahan. Sabar. Apa yang diorang buat ke atas diri aku akan dapat pembalasannya jugak. Tak hari ni, esok. Kalau tak esok, boleh jadi lusa.
Orang kata, kalau orang buat jahat kat kau, kau tak yah nak buat apa -apa react. Yes, malam ni aku dah ikut apa orang kata tu. Kalau aku tak ikut, aku rasa, memang dah jadi kecoh.
Sebenarnya, puak sana memang dah lama tak suka aku. Aku je yang buat tak endah. Aku tak tahu apa yang diorang tak puas hati sangat dengan aku. Mungkin diorang ingat aku ni mengancam periuk nasi diorang kot. Ntah. Lantaklah!
Semua member yang baik dengan aku nasihatkan supaya aku jangan ambil apa-apa tindakan. Buat dunno je. Jangan hirau sangat apa yang diorang buat tu.
Okay, kalau boleh sabar aku sabar je. Tak pe. Kita tengok la nanti camner.
Khamis, 26 Disember 2019
JEWEL CHANGI
Tahun 2019 ini dah banyak aku laburkan tenaga untuk struggle. Aku rasa aku sejenis manusia yang gigih. Ya, betul bekerja keras tu penting, tapi terlampau rajin sampai takde masa untuk berehat pun tak boleh jugak. Hujung tahun biasanya aku akan bercuti dan aku rasa sudah tiba masa untuk tidak fikir tentang kerja sangat. Jadi, aku ke Singapura ni kiranya bersantai dan dan tujuan utamanya ialah buat liputan Konsert Dayang Nurfaizah Dua Dekad di Mediacorp Theatre.
Jam 4 pagi aku bangkit. Mujur semalam selepas packing, aku dapat tidur lena. Semalam aku dah packing betul betul untuk make sure ada barang yang tak tertinggal tapi sebenarnya, aku tertinggal tripod. Adehhh....
Jam 4.45 pagi aku dah naik Grab untuk ke KLIA. Sekali panggil terus ada pemandu Grab dah menanti. Sampai di KLIA terus check in bagasi.
Selsema aku dah makin membaik tapi masa nak landing tadi teruk jugaklah rasa berdengung telinga tu sebab udara mampat sangat kot. Kena minum banyak air suam dan ambik vitamin C, kata doktor yang berlegaran di media sosial.
Jam 7 pagi aku ambil dulu sarapan di OldTown White Coffee sebelum terbang ke destinasi jam 8 pagi. Entah kenapa kalut sangat pagi ni sebab takde nombor Gate kat boarding pass. Aduyai teruk betul la staff tu tak cakap kat aku dulu suruh aku check kat skrin monitor. Jadinya, aku keluar masuk imigresen. Adeh! Jadikan pengajaran. Jangan percaya bulat-bulat pada boarding pass tu.
Sampai airport Changi, aku tak beli sim card local sebab merata-rata boleh dapat wifi percuma.
Disebabkan masih lagi awal. Aku pun plan nak pergi singgah dulu kat Jewel Changi Airport. Walaupun dah basi kalau aku buat content kat situ sebab kat Youtube dah berlambak orang dah buat shooting kat situ. Tapi cukuplah sebagai bucketlist untuk menamatkan tahun 2019.
Pertama kali aku sampai kat Jewel tu, aku rasa macam, takdela besar sangat tempatnya tu, sebab aku tengok dalam video tu Jewel ni nampak sangat besar dan luas. Tapi apa apa pun aku rasa sangat kagum dengan senibina dan kemodenan yang diterapkan dalam pembinaan Jewel Changi Airport ni.
Kali ini aku stay kat M Social Hotel. Sebuah hotel yang cukup serasi dengan aku. Tengok dekorasi dan konsep moden pun dah buat aku rasa nak datang lagi kat sini.
Jam 12 aku dah check in. Bilik aku tu sempit je tapi aku rasa sangat best stay sini.