Monday, August 8, 2011

OGAWA

Tak tahu la apa penyakit aku sekarang ni, suka tidur sampai tengahari. Lepas sahur dan solat subuh, terus lelap, jam 12 tengahari baru bangun. Macam tu lah tiap-tiap hari. Adoi, kalau macam ni lah, aku rasa hari-hari aku memang takde produktiviti langsung.

Hari ini aku kena siapkan dateline. Banyak dateline yang kena siapkan. Semuanya pasal content raya.

Ogawa call, dia kata dalam minggu ni techinician akan datang untuk baiki kerusi urut Smart Sense yang rosak tu. Mmm, aku rasa dah nak sebulan lebih dah ni. Tapi sebenarnya, kerusi tu boleh pakai lagi. Cuma yang tak berfungsinya ialah rolling untuk bahagian belakang je. Lagi satu ialah mode urutan jepun, chinese dan english tu tak berfungsi langsung.

Aku nasihatkan korang, kalau nak beli kerusi urut, jangan beli kerusi urut dari Ogawa sebab kurang bermutu. Kalau nak beli, belilah kerusi urut dari Osim yang terbaru. Harga dia bukan main mahal hokay... RM15,000. Pergh! Tapi aku dah try kat KLCC hari tu, memang puas hati. Suka dengan bentuk dia yang membulat tu. Comel. Haha.

Okay jap ya, nak siapkan kerja ni dululah. Sebelum aku mencarut dan mengarut, baik aku off jap.

Sekarang dah jam 1 tengahari. Kerja masih belum siap. Banyak kerja tak dapat siap dengan cepat sebab mata asyik tengok twitter dan Facebook je. Mana lah nak siap. So, off dulu twitter tu. Tekan butang MUTE!

Jam 2 petang, kerja dah settle. Sekarang tiba masa nak berblog pulak.

Esok, aku ada shooting rakaman Carta Blockbuster di tempat biasa, Gardens. Kena rebiu filem The Zookeeper.

Tengok pada jadual, hari ini, aku kena berbuka puasa di Hotel Hilton.

Okay, sampai sekarang Coway tak call aku untuk datang pasang Coway Spa Water Softerner yang dijanjikan. Masuk ni dah dua kali diorang tak tepati janji. Macam bad service macam ni. Camna diorang nak lariskan jualan kalau buat service macam ni? Cuba jawab sikit kat ceq.

Jam 2.30 petang, aku terima call dari wakil Coway. Dia minta maaf sebab tak cukup juruteknik untuk datang pasang. Jadi, tarikh ditunda ke hari Jumaat ini. Masuk ni dah 3 kali tunda tarikh. Cantek dan terbaek wok!

No comments:

Post a Comment

Popular Posts