Wednesday, December 8, 2010

SAFI BALQIS

Hujan petang menerpa bumi. Setiap hari, hujan membasahi bumi yang kian gersang dengan kasih sayang. Kecintaan Tuhan pada makhluknya tidak bertepi sedang manusia begitu gelojoh mencalar bumi sesuka hati.

Aku kesal dengan jadualku pada hari ini. Bayangkan kalau 4 event berlangsung pada masa yang sama. Sangat aku kesal. Namun, dalam hati, aku sekadar mengeluh kesah. Tiada apa yang perlu dibuat tatkala ini kecuali aku sekadar memilih event yang penting dan ada value.

Selepas Zohor, aku melangkah keluar dengan selawat kepada Nabi. Dalam hati aku berdoa, agar dunia tidak berlaku kejam pada aku. 

Sampai di Crowne Plaza Hotel dalam jam 2 petang. Tepat pada masanya. Teman-teman lain pun belum sampai. Cuma aku, Ajieb dan Nani je baru sampai. Siap diorang bergaya sakan lagi dengan kostum Arab di event Pelancaran Produk Safi Balqis Perfect 10.

Aku tak mahu bergambar sebab aku sebenarnya masih tak pulih dari batuk-batuk. Tak silap buat, aku boleh jadi demam. Aku minta Tuhan jauhi rasa nak demam tu sebab Jumaat ni aku ada Amazing Race anjuran Astro di Sepang.


Shila Amzah & Safi Balqis Paperbag

Pelancaran berlangsung dengan jayanya. Aku nak ucap tahniah buat Shila OIAM. Ops sekarang ni, Shila tak nak digelar dengan Shila OIAM dah. Dia dah tukar namanya kepada Shila Amzah. Kasi kredit sikit untuk bapa yang melahirkannya. Sesungguhnya Shila seorang anak yang sangat baik.

Semasa di pelancaran tu, ibu Shila datang bersalam dengan aku. Dia ucap terima kasih sebab aku selama ini selalu sokong Shila dan beri kerjasama dengan Shila. Rupanya, Ilya dapat contact aku melalui ibu Shila. Terima kasih banyak-banyak aku ucapkan kepada Ibu Shila. Tak tahu nak cakap apa tadi sebab terharu sangat kat diorang ni.

Aku juga sempat salam dengan bapa Shila, penyanyi yang dulu terkenal dengan nama N.D Lala yang kini aku rasa ramai yang tahu penyanyi lagu Mat Tahir Mata Air ni dah bergelar jutawan. Macam tak percaya je. Tapi itulah rezeki dari Tuhan. Ingat lagi dialog dalam filem Aku Masih Dara, Kun Fayakun. Bila Tuhan kata, jadi, Maka jadilah.

Wah, adik Shila yang bernama Dayana tu dah besar panjang dah. Mmm, tak lama lagi, boleh jadi popular macam kakaknya jugak lah. 

Me & Shila Amzah di Pelancaran Safi Balqis

Sorry, gambar ni sangat kabur. Tapi bagi aku, satu nostalgia dapat bergambar dengan Shila Amzah ni. Bila lagi kan nak merakam kenangan.

Member fotografer aku yang bernama Din dari Portal Murai kena blah awal. So, dia suruh aku hantar gambar. Okay, boleh. Aku akan hantar kat dia nanti.

Tadi check email. Ada wartawan minta gambar dari aku. Tapi aku rasa berat nak kasi sebab aku sebenarnya mahu jual gambar tu. Biasa aku jual kat Portal GUA dalam RM10 sekeping. Aku tak nak dia kasi kredit aje tapi ini hasil penat lelah aku. Kalau boleh dia kena bayarlah. Baru usaha aku berbaloi. Aku pun ada bini nak kena tanggung jugak. Harap pengarang ni memahami situasi aku.

Itulah aku, sekali aku tulis, banyak pula yang aku nak cakap. Tapi sekali tak de mood nak tulis, habuk pun tarak.

Takpe, masa banyak idea nilah aku nak tulis kat jurnal ni. Tak gitu?

No comments:

Post a Comment

Popular Posts