Rabu, 8 Disember 2010

SAMPLE

Lama betul tak sentuh pen untuk menulis di jurnal ini. Kasihan. Terbiar kosong.

Pagi ini, aku kena stay kat rumah sebab ada wakil dari Walls Cornetto nak datang rumah untuk hantar sample aiskrim terbaru yang akan dilancarkan tak lama lagi.

Sebenarnya, aku mana boleh makan aiskrim sebab tekak aku masih tak okay lagi. Batuk memanjang dari semalam. Tapi nasib baik, aku dapat tidur dengan lena semalam.

Hari ini dah pun Rabu - 8 Disember. Pastinya, ada yang rasa lemau dan malas nak kerja sebab semalam kan cuti sehari. Termasuklah aku. Dengan keadaan yang tak sihat macam ni, rasa malas tu memang sedang bersarang tatkala ini.

Melihat pada jadual, adus, sangat banyak event pada belah petang. Tapi aku kena hadir untuk satu event sahaja iaitu aku memilih untuk hadir di Pelancaran Produk Safi sekaligus melantik secara rasmi penyanyi Shila OIAM sebagai duta terbaru. Tahniah Shila.

Kat rumah ni, aku pasang lagi Mariah Carey terbaru. Koleksi lagu-lagu Krismas. Best!