Saturday, September 4, 2010

SERVIS KERETA

Hari ini, aku dan wife ke Petaling Jaya untuk servis kereta VIos untuk kali pertama. Sampai kat sana dalam jam 9 pagi. Memang Lina, pengurus jualan suruh datang jam ini. Semalam, Lina call suruh aku isi borang survey. Ingat ke kena komplain pasal Pavilion yang buat tahik. Tapi Lina kata tak perlu komplain sebab borang tu adalah untuk survey mutu perkhidmatan Lina.

Sekarang masih lagi menunggu ni. Lama betul. Datang sini, Lina suruh aku jumpa dengan Haizam. Tapi Haizam kata, ada masalah sikit diorang tengah cari maintenance. Takpelah, aku boleh tunggu.

Sambil tunggu aku main game kat iPad ni. Sekarang tengah addicted dengan games Bubble. Sampai wife aku dah rasa macam hilang kasih sayang sebab aku habiskan masa dengan main game. Huhu...

Lepas ni, kami plan nak gi shopping kat The Mall. Wife aku nak cari tudung raya kat sana.

Mak aiii... Lamanyaaa.... Menunggu. Betullah orang kata, penantian satu penyiksaan.


- Posted using BlogPress from my iPad

No comments:

Post a Comment

Popular Posts