Sabtu, 22 Disember 2018

UMAR

Comelnya Umar buat mimik muka macam tu. Haha! Antara momen manis semasa lepak & hangout sambil makan bersama pemilik suara emas, Noryn Aziz juara bintang GEGAR VAGANZA 5 di Tony Roma's Melawati Mall. 
Sempat berborak tentang perkembangan terbaharu Noryn selepas sebulan seminggu menyandang gelaran juara. 
Selain tengah sibuk buat persediaan Konsert Soul Sisters bersama Misha Omar dan Siti Sarah, Noryn juga akan terlibat dengan program Bintang Minggu Ini terbitan Astro dan nantikan kelahiran single terbaharu Noryn tak lama lagi.
Terima kasih Noryn Aziz sudi luangkan masa. Semoga terus sukses untuk tahun 2019.

Tahun 2018 semakin hampir meninggalkan. Kenangan 2018 biarlah abadi dalam hati sendiri. Kadang-kadang yang pahit tak perlu nak cerita sangat. Buat hati kita rasa bukam dan muram. 

Semoga 2019 akan datang memberikan bahagia dan kedamaian buat diri ini. Amin.

Makan Lepak Bersama Noryn Aziz

Khamis, 20 Disember 2018

INFLUENCER

Aku tak tahulah sosial selebriti atau influencer yang lain. Tapi aku yang punya nama kecil ni dah tak larat nak terima job. Tawaran sangat banyak. Kadang-kadang tak terbuat. Dateline sering terlepas. Terkejar-kejar. Kalau nak ikutkan aku malas nak buat job.

Betapa untungnya bila bernama influencer. Setiap minggu pasti ada post review atau advertorial akan masuk. Nak jadi influencer ni, bukan setakat kena ada follower yang ramai je, tapi kena ada minat, personaliti biar menarik dan yang paling penting boleh buat ayat yang cun-cun. Takde nak hard sell sangat atau nak promote kaw-kaw. Tapi yang tahu tu, tahulah itu post berbayar. Yang tak tahu tu, hmmm... belajar-belajar la untuk explore atau faham-faham. 

Bercakap pasal influencer, aku tak ingat dah. Rasanya dalam 3 tahun lepas kot. Aku dapat satu job dari sebuah stesen TV berbayar. Selain dapat duit, aku punya bil tu tak payah bayar dalam beberapa tempoh. Yang aku sedar, takde bil pun sampai. Seronok kan? Lebih seronok bila bukak-bukak TV... semua saluran kau boleh akses. Fuh! Best kalau dapat macam ni seumur hidup. 

Tapi bulan lepas, semasa aku buat ibadah umrah, dapat la satu SMS. Ini SMS tu... 
Astro

Ops, korang tau la kan stesen TV berbayar aku maksud tu kan.

Jadi, kesimpulannya, aku akan mulai bayar semula la bil bulanan Astro tu mulai 1 Februari. Adeh.


Inilah orang kata, rezeki dah kena tarik. Tak pe la, dah takde rezeki.


Oh ya, sekarang bila langgan SuperPack Plus ni sekali dengan Movie Package tu kan, akan dapat tengok saluran BOA sekali la. Saluran tu best sebab banyak filem seram. Aku ni dari dulu suka tengok filem seram.


Zaman sekarang, aku kira dah tak ramai ada masa nak tengok Astro sebab dah ada macam-macam alternatif lain macam iflix, netflix, viu dan macam-macam lagi la kan. Even kat Youtube pun banyak content yang best-best. Siap dalam bentuk definisi tinggi lagi.


Netflix pun sebenarnya aku tak payah bayar sebab selalu dapat kod langganan percuma dari Netflix.


Aku puas hati tengok Netflix. Hari-hari memang wajib bukak dan layan movie terbaharu kat dalam tu. 

Sabtu, 8 Disember 2018

WADA'

Usai solat Subuh, sebelum meninggalkan Kota Madinah, apa yang seharusnya dilakukan adalah Ziarah Wada'.

Ziarah Wada' ialah mengunjungi makam Nabi Muhammad S.A.W untuk mengucapkan selamat tinggal dan berdoa memohon syafaat sebelum pulang ke Malaysia. Untuk ke Maqam Rasullullah, kena masuk melalui pintu Bab as-Salam (bagi kaum lelaki), dengan mendahului kaki kanan dan bacalah doa memasuki masjid. Semasa beratur, kita akan berasak-asak dengan para jemaah lain dari seluruh negara. Jadi, kena tahan sabar kalau kena tolak ke apa ke. Yang penting mulut tu jangan berhenti untuk berselawat.

UMRAH 2018

Bersebelahan makam Rasulullah, ada makam Abu Bakar Sidiq dan Umar bin Khattab.

Semasa pemerintahan Umar bin Abdul Aziz, maqam ini dibangun dengan tembok tinggi sekitar 5 meter di sekeliling makam Rasulullah. Pembangunan tembok ini bertujuan agar tidak ada yang melakukan perbuatan syirik di sekitar makam.

"Ya Allah, janganlah Engkau jadikan ziarahku ke tempat mulia ini sebagai kali terakhir. Kurniakan bagiku kepadanya ziarah untuk kesekalian kalinya dalam kebajikan, kesejahteraan, kesihatan dan keselamatan. Jika aku mampu, Insya Allah aku datang lagi. Jika aku mati, kutitipkan pada sisiMu syahadah (kesaksianku, amanahku, perjanjianku, timbanganku) pada hari itu untuk kiamat. Dengan ini kesaksian bahawa tiada Tuhan melainkan Allah Yang Maha Esa. Tiada sekutu bagiNya. Dan kesaksian bahawa Muhammad itu hambaNya lagi utusanNya. Maha suci Tuhan yang mulia daripada apa-apa yang mereka sifatkan. Salam untuk sekalian utusan (Rasul-rasul) dan segala pujian bagi Allah, Tuhan sekalian alam."

UMRAH 2018