Jam 8 pagi ini, aku ikut bini pergi pasar. Dah lama tak datang sini beli barang. Nampak sangat dah lama bini aku tak masak kan? Itulah, kitorang asyik makan kat luar aje bila weekend.
Lagi pun, aku sibuk dengan event. Sekarang banyak sangat jemputan event sampai. Email aku penuh dengan email je tiap- tiap hari. Aku rasa la kan, yang jadi macam tu sebab tak lama lagi kan dah puasa. Jadi nak tak nak penganjur berebut-rebut nak siapkan semua event.
Cakap pasal event ni, aku sebenarnya tengah cari pembantu peribadi. Wah, cam artis la pulak kena ada pembantu kan. Bukan apa, ditahap kerja aku yg semakin membukit banyak ni, aku terpaksa cari jugak. Calonnya masih belum jumpa lagi. Susah sebenarnya nak cari orang yang betul kita boleh percaya. Silap haribulan PA yang kita lantik tu bersikap oppurtunis: suka ambil peluang.
- Posted using BlogPress from my iPhone
Jumaat, 8 April 2011
Rabu, 30 Mac 2011
ROSSA
Sekarang, aku baru sampai di IL PRIMO. Pertama kali sampai sini. Tempat lepak yang best. Nyaman. Kawasan parking pun besar. Tak payah nak masuk basement.
Kat sini sekarang ni, ada pelancaran album Rossa. Rasanya ini kali kedua aku jumpa Rossa. Kali pertama masa Rossa launching album kat Hotel Royal Chulan. Tapi masa tu Maxis yg jemput aku. Kali ini Celcom pulak yang taja. Cuma yang jemput aku pR Suria Records. Sebenarnya, ini kali pertama diorang jemput secara officially.

Langgan:
Catatan (Atom)