Rabu, 30 Mac 2011

ROSSA

Sekarang, aku baru sampai di IL PRIMO. Pertama kali sampai sini. Tempat lepak yang best. Nyaman. Kawasan parking pun besar. Tak payah nak masuk basement.

Kat sini sekarang ni, ada pelancaran album Rossa. Rasanya ini kali kedua aku jumpa Rossa. Kali pertama masa Rossa launching album kat Hotel Royal Chulan. Tapi masa tu Maxis yg jemput aku. Kali ini Celcom pulak yang taja. Cuma yang jemput aku pR Suria Records. Sebenarnya, ini kali pertama diorang jemput secara officially.

- Posted using BlogPress from my iPhone

Ahad, 20 Mac 2011

BIAR BETUL

Jadi blogger, kita kena selalu alert. Mata lihat, minda menganalisa. Jiwa merasa. Sering, aku tewas bila hati dan perasaan ku tewas. Tak stabil. Bila tak stabil, sikit sebanyak akan buat tulisan kosong. Tanpa isi yang bermutu dan merugikan.

Semalam, aku ke Sogo KL untuk ambil gambar dan video untuk bikin advertorial dari Harian Metro. Diberikan secara tergesa-gesa dan aku diberi masa sehari untuk selesaikan advertorial berbayar ini. Aku terima cabaran. Bukan pertama kali pun kerana sebelum ini aku pernah diberi assignment on the spot. Tak payah nak tanya berapa aku dibayar oleh Harian Metro. Tanyalah kenapa aku terima tawaran itu. Berapa aku dibayar itu sebenarnya private & confidential. P&C. Mana boleh cakap!


- Posted using BlogPress from my iPhone

Sabtu, 19 Mac 2011

FUGEN

Semalam tidur lewat. Jam 3 pagi. Buat entri & sembang dengan bini. Bangun semula untuk solat Subuh jam 6 pagi. Badan sangat lesu, muka pun lesi. Tidur semula. Tup tup terjaga bila terdengar iPhone 4 ku berdering.

Ku cuba angkat, di hujung talian, suara Xavier bertanyakan samada aku datang atau tidak event launching FuGen. Alamak, baru aku teringat! Cepat cepat aku bingkas dan bersiap. Ku ajak Sayang, tapi dia tak dapat ikut dalam suasana yang kelam kabut macam ni.

Sekarang, aku selamat sampai di Ballroom The Gardens. Pelancaran dah berlangsung. Perutku lapar. Belum sarapan. Lepas demonstrasi product & makan aku nak pulang cepat sebab tengahari nanti ada Flashmob Harian Metro kat Pertama Complex.


- Posted using BlogPress from my iPhone