Sabtu, 20 Oktober 2018

TGR 2 MAEPS

Tiada istilah cuti di hujung minggu nampaknya. Hari ini Sabtu, kena buat liputan di Toyota Gazoo Racing Malaysia di MAEPS Serdang. Hari ni je kalau nak pergi. Esok mungkin dah sibuk dengan apa ntah lagi. Malam esok pulak kena gi Konsert GEGAR VAGANZA.

Sebenarnya, ada satu lagi event kena cover pagi ni. Tapi aku ponteng. Haha. Suka hati ko je kan? Sebab memang tak sempat nak pi mai pi mai. Event tu dapat dari PR MadHat, event Pelancaran Me Books. Aplikasi untuk ibu bapa dan kanak-kanak kalau tak silap aku la.

Toyota Gazoo Racing Malaysia Hari Pertama

Jam 11 pagi dah sampai di MAEPS, Serdang. Orang tak ramai. Kenapa ntah, aku rasa musim ni takde hype sangat tentang Toyota Gazoo Racing Malaysia ni.

PR pun bertukar. Kali ini dikendalikan sendiri oleh PR dari Toyota. Bukan MadHat lagi.

Toyota Gazoo Racing Malaysia Hari Pertama

Sebelum ni, aku dapat sticker untuk parking 5 hari sebelum event berlangsung. Kali ini tak lagi. Aku terpaksa parking di kawasan awam. Bukan tempat yang dikhaskan untuk media. Jadi, kenalah menapak jauh jugak. Tapi aku tak kisah. Itu pengorbanan namanya.

Nak senang, kenalah bersusah dulu ye tak?

Toyota Gazoo Racing Malaysia Hari Pertama

Sampai di TGR, aku daftar sebagai media. Diberi pass media, sticker kereta untuk parking. Voucher makanan RM60 dan merchandise. Topi TGR macam season lepas.

Sticker parking tu dah tak guna kasi hari ni sebab esok belum tentu aku dapat datang sebab ada komitmen lain. Esok nak pergi hantar barang kat Shah Alam. Kalau sempat nak singgah Butik Hatta Dolmat sebab nak usha jumper atau baju. Hatta buat lelongan harga.

Toyota Gazoo Racing Malaysia Hari Pertama

Masa kat TGR, aku tak mundar mandir kat luar sangat sebab panas nak mampos. Kat dalam media room pulak sangat sejuk. Sejuk macam dalam peti ais pulak aku rasa. Mau kebas tangan.

Toyota Gazoo Racing Malaysia Hari Pertama

Jam 12 tengahari ada perlumbaan kelayakan. Jam 3 petang ada perlumbaan sebenar. Pemenang hari ni adalah Nabil Ahmad.

Toyota Gazoo Racing Malaysia Hari Pertama

Lately ni aku suka layan lagu baru Ara Johari tu. Judul dia PAKU. Haha, anehkan judul lagu dia. First time dengar Ara cakap tajuk PAKU tu, aku duk gambarkan lagu untuk pontianak yang terbunuh sebab kena paku kat leher. Haha, imaginasi aku kekadang tu tak sangka dia boleh sampai situ.

Toyota Gazoo Racing Malaysia Hari Pertama

Earning untuk Youtube untuk bulan ni paling banyak dalam sejarah. Naik mendadak. Aku dah tahu macamana cara untuk menaikkan earning di Youtube. Aku juga dah tahu rahsia Google, macamana earning tu boleh maintain dan takkan turun-turun.

Yang susah sekarang ialah apabila tiada content yang unik dan bagus.

Orang nak tengok benda yang trending dan sensasi. Yang ramai akan komen. Diorang akan datang lagi tengok esoknya semata-mata nak baca komen.

Toyota Gazoo Racing Malaysia Hari Pertama

Sempat menemubual Aiman Tino. Lama tak jumpa Aiman. Dia cakap dia tak sihat. Hari tu terlantar kat hospital sebab kena tonsil.


Toyota Gazoo Racing Malaysia Hari Pertama

Toyota Gazoo Racing Malaysia Hari Pertama

Toyota Gazoo Racing Malaysia Hari Pertama

Toyota Gazoo Racing Malaysia Hari Pertama

Toyota Gazoo Racing Malaysia Hari Pertama


Aku tabik spring kat Nabil ni sebab malam ni dia ada rehearsal Gegar Vaganza. Kemudian, esok pulak dia akan berlumba lagi. Kata Nabil, dia tak nak bersungguh sangat la. Play safe. Takut lak apa-apa akan jadi. Esok malam tu, Nabil jadi hos Gegar Vaganza.

Soalan aku, tak penat ke Nabil?

Selesai sidang media, aku terus cabut. Pecut ke KL sebab kena hadirkan di Majlis Hari Jadi Aman Aziz yang diadakan di PV 128 Danau Kota.

Walaupun kecil tapi sangat meriah la jugak.

Selesai temubual dan hangout jap, aku pun balik rumah.

Layan I Can See Your Voice Malaysia. Giliran Altimet pulak kali ini.


Jumaat, 19 Oktober 2018

APPLE WATCH SERIES 4

Hari yang dinantikan sudah tiba. Orang Malaysia dan yang sedang menetap di sini dah boleh menempah iPhone XS dan juga Apple Watch pada hari ini iaitu 19 Oktober.

Tapi apabila kata Pre-Order ni, bukan dapat terus la, kena tunggu 3-4 minggu jugak la.

Harga Apple Watch Siri 4 di Malaysia Bermula Harga RM1,749.00

Aku dah ada iPhone XS Max dan sekarang tengah nak usha Apple Watch Series 4. Terbaru dari Apple yang dikatakan telah dipertingkatkan. Aku tak pernah beli dan guna Apple Watch. Dulu, masa aku gila pergi gym, pernah la guna Fitbit. Tu je lah.

Kali ini, sekadar nak penuhi naluri GILA GAJET aku ni, aku beli je la. Memang duit dah simpan elok-elok untuk beli gajet ni.

Jam 9 pagi, laman sesawang Apple Malaysia belum lagi kemaskini untuk sebarang tempahan.

Jam 12 tengahari, laman itu dalam proses kerja-kerja upgrading.

Hari ini kebetulan takde event so, duduk kat ofis je sepanjang hari. Siapkan kerja blog dan menyunting video untuk Youtube.

Jam 2 petang, akhirnya aku berjaya menempah dua jam Apple Watch Series 4.

Yeehaaa!

Apple Watch Series 4

Khamis, 18 Oktober 2018

PRO

Dalam minggu ni aku banyak perabis duit beli aplikasi berbayar dan upgrade kasi status PRO. Punya la nak perfect sangat kan. Segala benda nak PRO. Haha!

First, aku tukar Flickr PRO. Setahun kena bayar $49.90.  Lebih kurang RM207 setahun. Macam tu.

Untitled

Bagi sesetengah orang, ini semua membazir duit. Tapi bagi aku tidak. Benda ni semua yang aku selalu guna. Tak rugi.

Apa istimewanya bila dah bayar untuk jadi Flickr Pro ni?

Sudah tentula ada kelebihannya.

Tapi sebenarnya, kalau tak upgrade kepada Pro pun masih boleh upload gambar. Masih boleh dapat isian 1 Terabyte. Tapi tu la, bila dah upgrade ni rasa satu kepuasan pulak guna. Setiap hari sebenarnya bukak Flickr ni. Tak pernah miss sebab segala gambar upload kat situ. Bukan nak guna hosting pun.

Untitled

Kemudian tak pernah terniat nak upgrade Yahoo Mail Pro... pergi bayar jugak sebab tak nak tengok iklan kat emel ni. Menyemak je. Haha.

Check list orang yang aku block dari Flickr ni... rasa kesian la pulak. Kenapa pulak aku block manusia ni semua. Mesti ada kisah. Sekarang aku dah lupa kot, macamana aku block diorang.

Pergi mampos lah.

Untitled

So besok, nak buat PRO apa lagi?

Haha!