Ahad, 7 Oktober 2018

iPHONE XS MAX

Genap seminggu dah Budiey guna iPhone XS Max. Perghh! Best giler wei. Memang smartphone terbaik dan paling mahal pernah Budiey beli dalam sejarah. 

Shopping iPhone XS Max di Apple Store Singapore

Budiey suka guna iPhone terbaru ni sebab ia pantas, lancar, laju berdesup kerana ia dipertingkatkan dengan Intelligent A12 Bionic (chip paling power katanya), kedua, of course la sebab skrinnya paling besar dalam keluarga iphone iaitu 6.5 inci. Paparan Super Retina OLED memang terang, jelas, clear giler. Face ID dia laju la jugak la walaupun kekadang Budiey tak puas hati sebab iphone ni tak dapat nak detect wajah Budiey. Kenapa ntah. Camera dia pulak memang gempak... hasil gambar yang sangat cantik giler. Fungsi Potrait untuk selfie mode dia dipertingkatkan dengan Depth Control. Jadi, gambar potrait lebih ohsem sebab gambar selfie kita tu kabur kat belakang. Haha. Rekaan bentuk dia, warna emas ni... fuh. 

Dah-dahlah tu puji melambung iPhone ni, bukan dia bayar Budiey pun. Haha. Tapi tu la, sekali guna iPhone XS Max ni terus jatuh cinta. Gitu. Next, target Budiey nak beli Apple Watch Series 4 pulak. Yeay!

Shopping iPhone XS Max di Apple Store Singapore

Haha. Korang yang tengah guna iPhone X, rasanya tak payah la nak upgrade kepada iPhone XS ni sebab sikit je benda yang bedanya. Lainla kalau korang guna iPhone 8plus macam Budiey. Memang berbaloi la nak upgrade pun. Tapi kalau korang kaya giler... why not korang nak upgrade. Kat Malaysia belum dijual, kalau nak beli sangat ada kat Low Yatt tapi harga memang mahal giler. 

Nah! kat bawah ni ada Budiey rakam satu vlog, momen-momen saat pergi meminang hehe... membeli iPhone XS Max di Apple Store Singapura. Harga sekali dengan casing: SD2,000. 

VLOG GILA GAJET - Misi Mencari iPhone XS Max di Apple Store Singapore: 

https://youtu.be/bxiK6R1KgE

Sabtu, 6 Oktober 2018

BLOG TOUCH PRO

Hari ni, rasa nak aktif balik tulis jurnal. Saje nak luah perasaan. Membuak-buak rasa. Tapi kekadang tu faham-faham la kan, memang takde masa. Perasaan membuak takde guna kalau takde masa yang mengizinkan untuk mencoret-coret kat sini. Lately ni, banyak menyesak sebak terbuku dalam hati.

Pagi ni nak cuba tulis blog guna aplikasi BLOG TOUCH PRO. Sanggup ni beli kat Apple Store. Murah je. Dalam RM19.90 je pun. 

Dia punya layout sangat simple. Tak serabut mata memandang. Cukuplah nak update blog masa tengah tunggu event start. 

Lagi pun, lepas guna iPhone terbaru iPhone XS Max ni rasa bersemangat tu lain macam. Biasalah aku ni. Selalu hangat-hangat tahi ayam. Masa tengah giler nak memblog datang, boleh sampi empat kali sehari buat posting. Tapi time malas... sampai berbulan-bulan tak update. Dibiar jadi sarang labah-labah sampai berhabuk. Bersawang. 

Syamel

Oh ya, dalam bulan ini aku ada 3 slot untuk ajak selebriti makan-makan di Tony Roma's. Tapi kekadang tu, ada la dua tiga artis ni yang berlagak diva sebab menolak pelawaan sebegini. Orang dah kasi peluang untuk bertemu peminat. Lagi nak mintak itu ini. Huhu.

Aku puji Syamel sebab senang bekerjasama dengan dia. Terima kasih Syamel!

So, ramai yang tak sabar nak jumpa dan borak dengan Syamel sambil makan-makan. Tapi bagi peminat Syamel, makan tak penting, dapat jumpa ambik video ucapan, dah settle. Kenyang.

Isnin, 9 Julai 2018

ESCAPE PLAN 2

Dengar citer, ada sebuah filem lakonan pelakon dan juga selebriti terkenal dari Korea Lee Kwang Soo akan masuk Malaysia. Hari ini ada sidang media. Tak pasti pulak Lee Kwang Soo ada ke tak? Haha. Layan je la pagi ni.

Bak orang jugak la, people come people go... begitu juga media dan platformnya. Ada yang datang, setahun lesap ntah ke mana. Aku ni nasib baiklah mampu bertahan seadanya selama 12 tahun dah. Syukur la kan. Hari ini, ada satu pelancaran media baru, sebuah channel baru iaitu Channel M. Dipancarkan secara langsungnya di MyTV. Dengarnya, channel ni adalah hasil revamp dari saluran lama. Ye la, nak kena la revamp untuk memenuhi tuntutan semasa kan?

Malam ni ada Premiere With Budiey menonton filem ESCAPE PLAN 2. Kepada yang suka dan rindukan lakonan hebat pelakon otai, Sylvester Stallone, wajib la tengok filem ni di pawagam.

Itu je la jadual aku nak share untuk hari ni.