Isnin, 3 Februari 2014

TEH TARIK MADU

Terik mentari dan cerahnya langit tengahari tadi
hati bagai ditarik untuk ke sini
untuk menikmati seteguk teh tarik madu manis berisi buihnya banyak sekali

Tarik menarik tertarik
Aku kini ditarik
dek pujukan kawan-kawan di Instagram & Facebook
juga mata manusia yang rata-rata terarah ke sini

semuanya kerana…
untuk merasai enaknya teh madu gelas besar yang tinggi ditarik
untuk menyatukan kembali ikatan yang dulunya dicarik-carik
untuk mengecapi rasa yang kata kau itulah rasa paling menarik

Tepian sungai luas ini
Aku nikmati segelas teh tarik madu
Bersama hilau tawa ibu yang rindunya terubati
Bersama usikan nenek yang tak jemu menasihati
Bersama gelojak si isteri yang kini termakbul impian hati
Bersama desiran angin yang berirama di perkampungan ini
Bersama lenggokan perahu yang menari lemah gemalai di sungai ini
Ooh… Indahnya alam ku rasa sempurna sekali

Teh tarik madu ku kecapi…
Bersama hela nafas & rasa sedar
Rupanya di celah hidup yang pahit ini, ada juga isinya yang manis abadi.

3 Februari 2014
#PuisiBudiey

TEH TARIK MADU GELAS BESAR  Terik mentari dan cerahnya langit tengahari tadi hati bagai ditarik untuk ke sini untuk menikmati seteguk teh tarik madu manis berisi buihnya banyak sekali  Tarik menarik tertarik Aku kini ditarik dek pujukan kawan-kawan di Ins

Khamis, 23 Januari 2014

Get Readers

Lama tak menulis tips untuk menjadi penulis blog yang berjaya kat sini kan? Jadi, sempena Januari yang berbahagia ini, Budiey nak mulakan sesuatu yang berguna untuk info korang semua.

Setiap kerja yang kita buat dalam dunia ini kena ada ilmu. Jangan pakai buat je.

Masalah utama bagi blogger, seperti Budiey juga ialah macamana untuk mendapatkan jumlah pembaca yang ramai. Adakah anda ingin lebih banyak pembaca untuk blog anda? Budiey tidak pernah mendengar seorang blogger mengatakan "tidak" kepada soalan ni. Malah, Budiey dah buat kajian di mana ada pembaca memberitahu Budiey:
"Saya mempunyai beberapa masalah. Yang paling penting mereka adalah kekurangan pengunjung disasarkan dan hanya beberapa komen. Saya ingin tahu cara-cara untuk menarik lebih ramai orang untuk membaca blog saya. Saya mahu membina masyarakat pembaca terlibat."
Adakah ini bunyinya biasa-biasa?

Jika anda sedang berjuang bermati-matian untuk mendapatkan pengunjung baru, atau jika anda mendapat sedikit trafik tetapi anda tidak mempunyai ramai pembaca jangka panjang, Budiey mempunyai satu penyelesaian yang bagus untuk korang semua.

Formula ini Budiey panggil Get Readers:

  1. Memahami apa yang pembaca anda mahu
  2. Gunakan WordPress berkesan supaya anda tidak melakukan perkara-perkara merosakkan dan kehilangan pembaca.
  3. Tulis kandungan yang besar yang akan menarik pembaca
  4. Menggunakan media sosial untuk mengembangkan pembaca anda
  5. Dapatkan blog anda ke pangkat baik dalam Google, dengan terus-terang dan 100 % legit teknik SEO
  6. Tulis kandungan tetamu untuk membina sambungan dan menarik pembaca baru ke laman web anda

Jadi tunggu apa lagi, kalau nak jadi blogger yang berjaya. Nah inilah masanya!

Sabtu, 7 Disember 2013

LETIH

Hari dan masa bergerak pantas. Banyak perkara yang berlaku kepada aku dua tiga menjak ini.

Jadi blogger sangat meletihkan. Ramai yang tengok pun kesian sebab tengok mata aku yang letih. Nak buat macamana, memang kerja aku dah. Bangun pagi terus mengadap laptop. Lepas tu, nak tidur pun memgadap henset. Apa tak letihnya. Sape-sape pun akan letih wei.

Ramai yang cadangkan supaya aku kena cukup tidur. Bahayakan kesihatan je. Okaylah... aku akan ambil nasihat itu.