Selasa, 1 Oktober 2013

BLOGGER & PR

Lama aku tak pergi melancong. Maksud aku melancong percuma. Tapi aku kena bersyukur jugak sebab tahun ini rezeki aku selalu ada, selalu sahaja mendapat tawaran untuk ke luar negara. Aku kena syukur tu. Jangan angkuh sangatlah! Tapi tulah, fikir pasal melancong percuma ni, aku rasa hujung tahun ini, aku mungkin akan kecapi beberapa sessi melancong bersama selebriti. Insyaallah.

Segalanya di atas ketentuan Allah. Kita hanya merancang.

Semalam, aku dihubungi oleh seorang pegawai perhubungan di mana dia mengajak aku ke Uzbekistan. Wow, best tak?

Kemudian, bulan depan, aku dijemput untuk ke Cardiff City bersama beberapa orang selebriti lelaki. Aku teruja untuk itu dan aku rasa sangat bertuah kerana terpilih. Tak ramai media yang dijemput, hanya dua sahaja. Aku dan seorang lagi media dari sebuah portal hiburan terkenal.

Syukur, aku diberi peluang. Walaupun aku tak sekaya blogger lain yang hanya duduk rumah, buat story bersumberkan laman sosial dan laman forum hiburan. Syukur lah. Itu rezeki dialah, aku tak nak kacau dan aku tak layak untuk memberikan kenyataan sebagai mengadili apa yang dibuat. Itu profesional dia.

Kerjaya aku sebagai blogger banyak dibantu oleh beberapa individu yang terlibat sebagai pegawai perhubungan. Mereka tahu apa yang aku mahu dan aku tahu apa yang mereka mahu. Senang. Walaupun kadang-kadang PR ni, hanya tahu mengambil untung dari setiap artikel yang dikeluarkan tanpa aku dapat satu sen pun. Itu aku tak kisah.

Bercakap tentang PR, aku rasa, banyak blogger telah dipergunakan oleh PR. Mereka sebenarnya tak tahu, PR mengambil untung di atas setiap artikel yang disiarkan. PR mungkin caj mahal dengan client dan mereka tak bagi sesen kepada blogger. Hanya sekadar ucapan terima kasih.

Tapi tanpa PR, aku rasa blogger takkan dapat masuk ke event dan tak akan dilayangkan jemputan jika nama mereka dibanned. Aku pernah beberapa kali dibanned. Aku tak kisah dibanned oleh PR sebegini sebab aku rasa kalau tak dapat pergi ke event dia pun aku tak kisah sebab tak dapat duit. Bukan advertorial pun. Buat apa bersusah payan meminta dan merayu macam peminta sedekah?

Lainlah kalau dibayar untuk cover events, aku memang tak boleh tolak. Itu rezeki. Prinsip aku sekarang, setiap jemputan itu rezeki dan mungkin satu kesilapan jika aku menolak rezeki itu. Aku belasah je dan aku tak fikir sesiapa.

Aku bukan sesiapa pun untuk menidakkan hak sebagai seorang penulis blog sebab kat luar sana sekarang ini banyak giler kot penulis blog. Saingan sangat sengit dan masing-masing sekarang sedang mengejar wang. Sementara semua syarikat dan produk sekarang menggunakan blog untuk mempromosikan produk mereka.

Aku rasa aku kena ada pendirian. Jika aku rasa aku tak dapat hadir ke events aku kena berterus terang yang akan tak dapat hadir. Jika aku dibayar, ye, aku akan hadir. Demam ke sakit ke aku akan hadir jika dibayar.

Tapi aku minta maaf kat sini sebab aku banyak mengecewakan ramai orang yang menjemput. Mungkin mereka kena faham aku ni bukanlah ada kaki dan tangan untuk menghantar wakil ke events mereka. Aku bekerja one man show. Dan aku rasa aku patut ada masa untuk diri sendiri juga, masa untuk keluarga juga.

Kepada blogger di luar sana. Hidup tak seperti yang kita duga. Kadang-kadang kita berada di atas dan kadang tu kita akan berada di bawah. Berjimatlah ketika kaya dan hiduplah secara sederhana. Tak perlu nak beli Mercedes Benz atau beli rumah mewah. Nanti kelak kereta dan rumah tu hilang juga. Kan?

Isnin, 30 September 2013

PALSU

Hati yang degil, jiwa yang ego dan diri yang angkuh. Cuba untuk tidak menegur sapa di laman sosial. Sedang dalam dirinya ada sekelumit dan sisa-sisa rindu. Malah, rindu itu bertambah tajam menikam memaksa diri untuk menyatukan semula segala yang dulu terikat. Persahabatan.

Dulu, ia tercalar kerana aku yang mahukan ia terlerai. Dulu berlaku kerana aku rasa aku dianiayai. Dulu berlaku kerana kau sungguh kejam menularkan segala jelik dan keburukan itu membuatkan aku rasa, oh ini sebenarnya yang kau nak.

Sekarang, kau tengok sendiri apa yang berlaku. Sekarang kau tengok apa yang sebenarnya hakikat realiti. Sekarang kau tengoklah, kau rasalah sendiri.

Aku dah blocked segala laman sosial dan menghalang kau menjelajah sesuka hati melihat aku dari jauh. Tapi sekarang aku dah insaf, aku buka balik semoga kau dapat melihat aku semula, semoga kau dapat mengintai kehidupan aku.

Sejak mimpi-mimpi seram beberapa hari lalu datang singgah menganggui tidur lenaku, aku rasa aku patut lakukan sesuatu. Perasaan ini didorong oleh rasa tanggungjawab aku pada seorang kawan yang aku gelarkan sahabat. Perasaan ini didorang oleh rasa muhibbah yang dulu pernah kita semua rasa, ada dalam diri kita dan sekarang sudah tak wujud.

Hakikatnya, kau dah jadi orang lain dan kau sekarang bukan kau yang dulu. Aku sekarang, walaupun kau lihat bukan aku yang dulu tapi sebenarnya, aku adalah aku yang dulu. Dulu aku pernah bantu kau mencapai puncak cita-cita, aku berikan kau lorong untuk kau terus menjelajah ke depan. Masa kau depan kau cerah dalam industri. Aku tak nak kau kenangkan segala jasa aku, sedang jasa aku tu bukannya banyak pun. Sekelumit. Sebesar kuman. Tak perlu aku nak ungkit itu ini, begitu begini. Aku tak nak jadi tukang ungkit sebab yang dah berlaku tu, biarlah berlalu.

Sepanjang kita tak lagi bersahabat, aku rasa... oh, sungguh susah nak cari pengganti. Orang yang aku temui tak sama dengan kau. Kau ada nilai-nilai yang aku sukar nak gambarkan kat sini.

Sebenarnya, hidup bagi ada sesuatu laluan meniti jurang. Jika aku tersilap langkap, bila-bila masa sahaja aku boleh terbenam dan mati di dasar bumi.

Oh, sebenarnya, aku takde hilang hormat, aku takde nak jatuhkan segala martabat kau sebagai manusia seperti aku, tapi itulah... aku tak dapat kawal keadaan dan ini di luar tugas aku sebagai hamba.

Jadi, apa yang aku nak buat sekarang? Selepas aku buka segala talian untuk berikan laluan kepada ikatan itu dari terus terputus begitu sahaja, aku biarlah masa yang akan menentukan. Sebab, sepanjang masa membawa kita ke hari tua, kita akan tahu oh, masa itu singkat untuk kita bermusuhan. Untuk kita terus menipu seolah tiada apa yang berlaku. Seolah dulu kita tak pernah ditemukan. Oh sangat fake dan palsunya hidup ini.

Palsu!

Palsu!

Palsu!

Senyuman yang aku berikan itu palsu. Sapaan yang aku berikan itu juga palsu.

Sekarang barulah aku tahu, hakikatnya, hanya Tuhan sahaja yang tentukan!

Jumaat, 15 Mac 2013

ADSENSE

Hidup ini memang tak lepas dari masalah. Masalah aku sekarang banyak jugak. Masa juga adalah satu masalah. Hari ni dah 15 Mac. Masa yang sangat suntuk untuk buat kerja yang bertimbun. Itu jugak masalah.

Aku cuba buat sedaya upaya sedaya yang termampu.

Minggu ini, Google Adsense buat hal lagi bila aku punya akaun kena disable gara-gara aku edit code dengan menggunakan iFrames dalam kod Adsense. Baru je duit nak membiak. Aku sudah pun buat tindakan. Aku deleted semua code dan deactivate plugin Google Adsense. Aku baru je upgrade dengan pro. Terus kena bagi warning. Aku rasa dah 3 hari aku fah hantar emel kat Adsense tapi sampai sekarang aku masih belum dapat apa apa jawapan dari Google.

Biarkan lah. Nak buat macamana dah takde rezeki. Masalah tak besar mana sangat.