Isnin, 8 Ogos 2011

USTAZAH PILIHAN

Sekarang aku berada di Sidang Media Ustazah Pilihan yang diadakan di Hotel Hilton KL.

Nak cepat, aku bertolak dari rumah jam 5 petang. Event start jam 5.30 petang. So, aku guna LRT je lah.

Selain perkenalkan hos, event ni memperkenalkan mudhirah & mursyidah Ustazah Pilihan.

Esok dan lusa, jadual aku sangat penuh. Kadang-kadang aku pening, nak pilih yang mana satu untuk commit.

Soalan, apakah pendekatan untuk mencari calon UP. Calon yang dipilih hendaklah ada pakej. Ada ilmu dan cantiknswrta yg terbaik. Production perlu ada sistem dan garis panduan yang betul. Ia lebih sukar kerana ia melibatkan wanita. Jika gagal program UP akan timbul isu dan kontroversi. Ujian UP masih dalam perbincangan. Bagaimana UP dapat membangunkan personaliti seorang muslimah.

Dari segi pemilihan Mursyidah dan Mudhirah, mereka ada karisma, ada contoh, ada idea baru utk membentuk UP.

Oh, aku tulis UP ni mcm tajuk filem pulak.

10 peserta UP akan diumumkan selepas raya. Pemilihan akan dibuat 2 minggu dari sekarang. Kebanyakan dari pemegang degree, ustazah dan wajah wajah yang fresh sebagai pelajar.

Konsep UP tak sama dengan dengan konsep Imam Muda. Ianya lebih membincangkan tentang isu wanita.







- Posted using BlogPress from my iPhone




PUMA

Dalam jadual aku hari ni cuma ada event PUMA je. Tapi sorry la beb, aku tak dapat join. Bukan sebab Siti Saleha tak join tapi sebab ntah aku takde mood kot. Lagi pun aku dah janji dengan wife nak berbuka sama-sama di rumah ayah G. So, apa boleh buat, event tu start jam 5 petang. Tak sanggup nak rushing. Lagi pun nak temankan wife beli juadah berbuka kat Bazar Ramadan di Taman Samudera









- Posted using BlogPress from my iPhone

OGAWA

Tak tahu la apa penyakit aku sekarang ni, suka tidur sampai tengahari. Lepas sahur dan solat subuh, terus lelap, jam 12 tengahari baru bangun. Macam tu lah tiap-tiap hari. Adoi, kalau macam ni lah, aku rasa hari-hari aku memang takde produktiviti langsung.

Hari ini aku kena siapkan dateline. Banyak dateline yang kena siapkan. Semuanya pasal content raya.

Ogawa call, dia kata dalam minggu ni techinician akan datang untuk baiki kerusi urut Smart Sense yang rosak tu. Mmm, aku rasa dah nak sebulan lebih dah ni. Tapi sebenarnya, kerusi tu boleh pakai lagi. Cuma yang tak berfungsinya ialah rolling untuk bahagian belakang je. Lagi satu ialah mode urutan jepun, chinese dan english tu tak berfungsi langsung.

Aku nasihatkan korang, kalau nak beli kerusi urut, jangan beli kerusi urut dari Ogawa sebab kurang bermutu. Kalau nak beli, belilah kerusi urut dari Osim yang terbaru. Harga dia bukan main mahal hokay... RM15,000. Pergh! Tapi aku dah try kat KLCC hari tu, memang puas hati. Suka dengan bentuk dia yang membulat tu. Comel. Haha.

Okay jap ya, nak siapkan kerja ni dululah. Sebelum aku mencarut dan mengarut, baik aku off jap.

Sekarang dah jam 1 tengahari. Kerja masih belum siap. Banyak kerja tak dapat siap dengan cepat sebab mata asyik tengok twitter dan Facebook je. Mana lah nak siap. So, off dulu twitter tu. Tekan butang MUTE!

Jam 2 petang, kerja dah settle. Sekarang tiba masa nak berblog pulak.

Esok, aku ada shooting rakaman Carta Blockbuster di tempat biasa, Gardens. Kena rebiu filem The Zookeeper.

Tengok pada jadual, hari ini, aku kena berbuka puasa di Hotel Hilton.

Okay, sampai sekarang Coway tak call aku untuk datang pasang Coway Spa Water Softerner yang dijanjikan. Masuk ni dah dua kali diorang tak tepati janji. Macam bad service macam ni. Camna diorang nak lariskan jualan kalau buat service macam ni? Cuba jawab sikit kat ceq.

Jam 2.30 petang, aku terima call dari wakil Coway. Dia minta maaf sebab tak cukup juruteknik untuk datang pasang. Jadi, tarikh ditunda ke hari Jumaat ini. Masuk ni dah 3 kali tunda tarikh. Cantek dan terbaek wok!