Rabu, 7 Oktober 2015

LAWSON

Pagi ni terbang ke Singapura untuk sesi temubual bersama band UK, Lawson. Bertanya kepada teman rapat, ramai yang tak kenal dengan grup yang terdiri daripada empat pemuda kacak ini.

Dalam rangka promosi single berjudul ROADS, band bergenre muzik pop rock ini bakal singgah di Bumi Temasik untuk bertemu dengan media Malaysia dan Singapura selain merakam program muzik Rdio secara akustik di sana.

Jam 5.30 pagi lagi paksakan diri untuk bangun. Semalam lewat tidur melayan tetamu Al-Manna yang datang bertandang menghantar jemputan Pelancaran Single AJARKAN AKU SETIA pada 20 Oktober 2015.

Jam 6.30 pagi bertolak ke LRT Gombak dihantar oleh sang isteri yang diselimuti KKS nye. Dalam LRT sempat tanya itu ini dgn PR Universal Music Malaysia, Minni Gan.

Jam 7 pagi sampai di KL Sentral. Terus beli tiket ERL pergi dan balik.

Jam 11 pagi selamat mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Changi Singapura.

Jumaat, 28 Ogos 2015

BINQAREEM

Malam ni kami ke Pertunjukan Fesyen & Pelancaran Koleksi Terbaru Binqareem - ADHASCENE15 yang berlangsung di RUANG, Seksyen 16, Shah Alam.

Esok Sabtu, kami plan nak mandi-manda kat Sunway Lagoon.

Isnin, 24 Ogos 2015

ZUMBA

Apabila terperangkap, kelemahan aku adalah sangat sukar untuk melepaskan diri. Sebenarnya, aku patut lebih bertenang dalam usia senja begini. Bertenang dalam maksud redha sahaja dengan apa yang berlaku.

Kerna inilah jalan yang aku inginkan. Hidup ini satu pilihan.

Kadang-kadang aku menyesal. Kadang-kadang aku rasa diri aku didatangi rasa syak wasangka dan curiga. Rasa negatif inilah yang sentiasa membunuh dan memakan diri.

Semalam, aku ke Shah Alam. Kononnya mahu mengeluarkan peluh dengan berzumba. Tapi aku ni tak pandai betul nak ikut step. Sepanjang aku jadi ahli Celebrity Fitness pun rasanya tak pernah lagi aku masuk kelas Zumba ke aerobik ke.

Zumba di Hotel Concorde Shah Alam

Adik balik Jengka hari ni. Bertolak jam 3 petang dari Melaka. Cuti-cuti Malaysia melihat keindahan negeri Melaka. Syiok dengar dia cerita berjalan sana sini. Maklumlah tengah cuti. 

Kali terakhir melawat Melaka masa dia sekolah tadika. So, aku suruh dia cari gambar tadika tu dan letak kat sebelah gambar dia sekarang ni. Haa, baru boleh buat perbezaan.

Malam, aku layan Akademi Fantasia 2015. Mencuri perhatian adalah vokal Syamel dan pastinya Bila yang membawa lagu berhantu dari Dato' Siti Nurhaliza, Cindai. Meremang!

Aku perlu tidur untuk melupakan seketika rasa ini. Di manakah tentang itu pergi?

Zumba di Hotel Concorde Shah Alam

Zumba di Hotel Concorde Shah Alam

Jumaat, 21 Ogos 2015

ANUGERAH LAWAK WARNA 2015

Hari ni ramai pulak yang sambut befday. Petang ni pun, BudieyBuddies dapat jemputan untuk attend Party Hari Jadi Reena Nicky, seorang penyanyi yang baru sahaja kami kenali.

Hari ini juga hari jadi kepada usahawan muda, Leo Ka Wai.

Apa-apa pun, selamat hari jadi buat semua yang menyambutnya pada hari ini.

Tak lupa kepada penyanyi terkenal Dato' Siti Nurhaliza yang menyambut hari ulangtahun perkahwinan yang ke-9 pada hari ini. Fuhhh, dah 9 tahun rupanya. Cepat betul masa berlalu.

Malam ini, kami berpecah. Aku akan buat liputan di Anugerah Lawak Warna 2015 manakala Cyrill dan Yus pula akan hadir di Party Hari Jadi Reena Nicky.

Hmmmmm....

Khamis, 20 Ogos 2015

LUMRAH

Dia dah tiada. Perangai manusia, bila yang tiada itulah yang dirinduinya. Apabila ada di depan mata, tidak dihiraunya. Lumrah!

Dan hadirlah penggantinya selepas hampir 10 tahun. Kesepian merudung tanpa sahabat sepertinya. Kali ini dalam keadaan berbeza walaupun fizikalnya sama, dalamannya sangat berbeza. Cuma ada sedikit persamaan. 

Tidak baik membandingkan yang sudah pergi dengan apa yang ada sekarang.

Sebenarnya, aku nak berterus terang, aku sangat terkilan dan sedih dengan apa yang berlaku. Aku tak pernah mengambil peluang untuk menghulur kembali salam persahabatan yang terputus itu ketika dia masih ada. Mungkin bagi dia tak kisah atau aku sahaja yang anggap begitu. Dalam hati dia masa dia hidup bernafas di dunia itu, aku tak tahu. Cuma aku biarkan dia dengan hidupnya.

Itulah orang kata, berbaik sangka dengan manusia. Apabila berbaik sangka segala yang positif dan baik-baik sahaja akan berlaku. Ini tidak!

Tinggalkan rasa terkilan itu melekat sehinggalah aku mati nanti.

Tinggalkan cerita itu kerana aku nak bercerita banyak lagi kat korang. Mungkin aku tak sempat untuk cerita semua. Tapi percayalah aku ada cerita untuk korang baca. 

Bye!