Banyak perkara yang menarik yang berlaku dua tiga menjak ni. Nak aku katakan ianya satu rezeki pada Tuhan, yes sudah tentu ia memang dah ditetapkan untuk aku.
Paling menarik aku rasa, setiap bulan aku dapat melancong ke luar negara. Tahun 2011, memang tahun rezeki untuk aku melancong. Tahun ini saje, aku dah ke New Zealand, Hong Kong, dua kali ke Korea, ke Bangkok, ke Phuket & Krabi, ke Singapore, ke Brisbane untuk tonton Konsert Katy Perry, ke Gold Coast utk berbulan madu.
Terbaru, aku ke Korea bersama
bersama Dato' Siti Nurhaliza. Kalau tanya pada aku best ke tidak, pasti aku akan kata, sangat best! Sape yang tak nak join kan? Sebab aku diberi pilihan samada mahu ke Korea atau ke Jepun. Aku serba salah sebab aku belum pergi ke Jepun lagi, dan aku nak sangat untuk ke sana. Tapi tu lah, bukan ada artis yang ikut pun. So better ikut trip Simplysiti walau pun aku dah ke Korea bulan sebelumnya.
Bulan depan, aku akan ke Delhi, India dan bulan January pulak aku akan ke Hong Kong dengan isteri aku lagi.
- Posted using BlogPress from my iPhone