Mungkin bukan rezeki kami untuk menimang cahaya mata terlalu awal. Maklumlah, usia perkenalan kami pun agak singkat sebelum kahwin, jadi mungkin Tuhan mahu kami berbulan madu lama sikit la kot.
Selepas kawin, memang kami berharap mahu mendapatkan cahaya mata. Usaha tetap ada. Doa tetap ditadahkan, cuma tiada rezeki. Nina, adik ke-3 isteri aku yang kahwin selepas kami yang dulu dapat anak. Asyraf namanya. Cucu sulung Ma & We. Jadi, dapatlah tumpuan lebih sikit.
Baby Asyraf ni senang sangat nak jaga dia. Budak baik. Tak banyak sangat kerenah. Suka senyum & senang nak ketawa. Sekali sekala dia merengek dan menangis, itu pun masa dia lapar nak susu atau mengantuk nak tidur. Bertuahnya Nina dapat baby macam Asyraf. Senang nak jaga.
Lama tak jumpa dengan Asyraf. Kami last jumpa masa Asyraf berusia tak sampai sebulan. Masa tu, dia kat kampung. Kami datang jenguk dia masa Nina berpantang kat rumah Ma.
Sekarang, Asyraf dah berusia 6 bulan tapi berat dia dah 9kg. Kalau nak ikutkan berat dia ni macam baby berumur 1 tahun.
2 hari sebelum balik raya, aku ditugaskan untuk mengambil Asyraf & Nina yang datang dengan bas dari Pasir Gudang. Isteri aku ingat, bas tu akan berhenti kat Puduraya, jadi, aku ke Puduraya tapi cari-cari Nina tak jumpa-jumpa. Adoi, mencabar sungguh aku rasa masa tu. Dengan keadaan aku yang berpuasa dan badan yang letih aku ke setiap level untuk cari. Tak jumpa gak. Rupa-rupanya, Nina bukannya berhenti kat Puduraya tapi kat Terminal Sepadu Selatan di Bandar Tasik Selatan. Adoiiii...
Aku pun ambil LRT untuk ke sana. Dan aku pun jumpa Asyraf... ini gambar Asyraf masa aku jumpa dia. Kesian betul aku tengok dia sebab dia tak tidur pun masa dalam bas. Tengok muka dia pun letih sangat.