Minggu lepas aku dihubungi 8TV, ajak aku untuk ikut Trip Media nak kapal Star Cruise Libra belayar ke Pulau Phuket & Pulau Krabi selama 4 hari.
Jam 6 pagi aku bangun. Siap-siap untuk ke Sri Pentas. Lepas pastikan semua barang dibawa, aku terus keluar, dihantar oleh isteri ke Sri Pentas. Nasib baik jalan hari ini sangat lengang. Tak sampai 15 minit, aku sampai di Sri Pentas.
Tak perlu tunggu lama sebab aku sampai je, bas dan media dah ready nak gerak.
Jam 8 pagi bertolak ke Penang. Nanti kami akan berhemti kat Rawang untuk sarapan.
Jam 8.30 pagi, sampai di Hentian Rawang. Setengah jam je. Makan nasi lemak sama horlick panas. Makan minum semua ditaja oleh 8TV. Tq 8TV.
Jam 9 pagi, bas mula bertolak. Perjalanan memakan masa lebih kurang 6 jam untuk sampai ke pelabuhan.
Selain ditemani 4 orang PR 8TV, bersama kami juga adalah beberapa orang hos & selebriti 8TV. Tapi takde satu selebriti pun yang aku kenal.
Dalam bas, aku sempat tidur jap masa diaorang ni pasang movie lakonan Jodie Foster. Dan sekarang layan pulak filem Zombieland. Ganas betul citernya.
Jam 12.30 tengahari, kami dah sampai di Pulau Pinang.
- Posted using BlogPress from my iPhone
Isnin, 5 September 2011
CONTAGION
Hari ini dah pun hari Isnin. Toleh pada jadual, tiada event yg perlu aku hadiri. tapi tak bermakna aku boleh goyang kaki. Dalam list tugasan, berderet-deret artikel dan advertorial yang perlu aku siapkan. Mengeluh pun tak guna sebab aku kena siapkan jugak hari ini.
Kononnya, nak gak aku cuti hari ni dan esok. Tapi tak dapatlah. Esok aku kena gi ke lokasi rakaman Carta Blockbuster untuk rebiu filem. Lina dari KRU dah call tadi cakap, call time esok ialah pada jam 12.30 tengahari. Sedangkan dia pun tak tahu filem apa yang patut aku kena rebiu esok. Ikut pada pendapat aku, mahu aje aku rebiu filem Contagion yang mana aku kena tonton esok pagi kat Mid Valley.
Pendek kata, esok adalah hari yang sibuk giler sebab sebelah paginya tu, aku kena hantar adik ipar aku ke UIA sebab dia kena register kat sana. Dijangka aku kena bertolak dari rumah ni jam 8 pagi. Dalam jam 10 pagi aku kena ke Mid Valley terus untuk tonton Contagion. Then, jam 12.30 tengahari terus kena rebiu. Kerlast giler kerja cam tu, kan?
Pagi ni, aku siapkan advertorial. Siap satu, aku terus hantar then postkan beberapa berita dalam budiey.com. Jam 2 petang, aku drive kete ke Sentul Boulevard untuk cash out duit dari akaun Google Adsense aku sebanyak RM1,128 cam tu. Cukuplah untuk bayar rumah sewa sebanyak RM770. Then, beli itu dan ini.
Kemudian, aku letak kereta. Terus naik LRT & monorail untuk ke Bukit Bintang. Kat sana, tempat pertama aku tuju ialah salon rambut. Orang lain gunting rambut sebelum raya, aku lepas raya baru sibuk nak gunting. Memang tahun ni aku tak sempat langsung nak gunting rambut. Punyalah sibuk sangat. Tapi aku rasalah tahun lepas lagi meriah la aku beraya sebab ntah, may be tahun ni tak banyak dapat duit raya dan hamper kot.
Lepas gunting rambut, aku shopping kat Seed. Aku beli tali pinggang atau mat salleh called it belt? Hahaha, Seed punya brand ni lama dah aku tak beli pun. Asyik shopping kat butik Adidas dan Zara je. So, aku rembat belt Seed dengan harga RM109 dan juga aku berkenan dengan baju kemeja petak-petak Seed yang mana aku decide untuk pakai masa rakaman Carta Blockbuster esok. Harga dia RM139.00. Tapi aku dapat rebate RM30. Kira okaylah tu. Tengokla, dapat duit dari Google Adsense terus belanja sakan. Aku ada satu lagi benda yang aku gian sangat nak beli iaitu kasut baru Adidas - Porsche. Harga dia bapak kau mahal... RM499. Tengoklah, ada duit lebih sikit nanti aku nak beli lah.
Lepas shopping, aku makan nasi kat Nandos. Bawak pulang ayam Nandos untuk Sayang jugak. DIa kata nak kena makan sebelum berpuasa malam ni. Esok kena check kandungan dan jumpa doktor di Klinik Ibu dan Anak. Harap semua okaylah esok sebab dia pergi sendiri, aku lak kena gi UIA Gombak.

Ahad, 4 September 2011
MAC OS X LION
Semalam tak dapat lena tidur sebab penghawa dingin tak dapat dihidupkan. Rasanya dah tiba masa aku kena servis. Lupa dah bila tarikh last aku servis.
Bangun awal untuk mengadap notebook. Harap dapat siapkan kerja-kerja rutin dan dateline yang diberikan pada hari ini. Esok dah Isnin. Tengok dalam jadual, ada satu event je. Tapi ntah la perlu attend ke tidak. Tengok keadaan.
Sebelum pulang beraya, aku ada install Mac OS X Lion dalam notebook. Pergh, look awesome dan sangat cool. Aku suka. Walaupun aku ada baca rebiu yang negatif tentang updates Mac nih, tapi bagi aku so far aku guna, okay aje.
Pagi ini, aku ada update pulak Mac OS X Lion ni dalam notebook Macbook Air pulak. Wallah, sangat best guna OS X Lion nih. Siapa kata tak best tu, kira dia tak dapat terima pembaharuan la. Asyik nak guna cara lama. Tak nak maju-maju.

BABY ASYRAF
Mungkin bukan rezeki kami untuk menimang cahaya mata terlalu awal. Maklumlah, usia perkenalan kami pun agak singkat sebelum kahwin, jadi mungkin Tuhan mahu kami berbulan madu lama sikit la kot.
Selepas kawin, memang kami berharap mahu mendapatkan cahaya mata. Usaha tetap ada. Doa tetap ditadahkan, cuma tiada rezeki. Nina, adik ke-3 isteri aku yang kahwin selepas kami yang dulu dapat anak. Asyraf namanya. Cucu sulung Ma & We. Jadi, dapatlah tumpuan lebih sikit.
Baby Asyraf ni senang sangat nak jaga dia. Budak baik. Tak banyak sangat kerenah. Suka senyum & senang nak ketawa. Sekali sekala dia merengek dan menangis, itu pun masa dia lapar nak susu atau mengantuk nak tidur. Bertuahnya Nina dapat baby macam Asyraf. Senang nak jaga.
Lama tak jumpa dengan Asyraf. Kami last jumpa masa Asyraf berusia tak sampai sebulan. Masa tu, dia kat kampung. Kami datang jenguk dia masa Nina berpantang kat rumah Ma.
Sekarang, Asyraf dah berusia 6 bulan tapi berat dia dah 9kg. Kalau nak ikutkan berat dia ni macam baby berumur 1 tahun.
2 hari sebelum balik raya, aku ditugaskan untuk mengambil Asyraf & Nina yang datang dengan bas dari Pasir Gudang. Isteri aku ingat, bas tu akan berhenti kat Puduraya, jadi, aku ke Puduraya tapi cari-cari Nina tak jumpa-jumpa. Adoi, mencabar sungguh aku rasa masa tu. Dengan keadaan aku yang berpuasa dan badan yang letih aku ke setiap level untuk cari. Tak jumpa gak. Rupa-rupanya, Nina bukannya berhenti kat Puduraya tapi kat Terminal Sepadu Selatan di Bandar Tasik Selatan. Adoiiii...
Aku pun ambil LRT untuk ke sana. Dan aku pun jumpa Asyraf... ini gambar Asyraf masa aku jumpa dia. Kesian betul aku tengok dia sebab dia tak tidur pun masa dalam bas. Tengok muka dia pun letih sangat.

AIDILFITRI 2011
Lebaran mulia tiba jua di halaman diari hidup ini. Tirai Ramadan 1432 hijrah telah pun dilangsiri. Kini Syawal menjelma dengan sejalur sinar bahagia. Alhamdulilah, syukur pada Tuhan kerana masih memberi peluang kepada aku untuk merasai nikmat Ramadan yang penuh barakah, untuk aku mengecapi bahagia dan untuk aku menikmati betapa indahnya Syawal yang mulia.
Cepatnya masa berlalu. Hari ini dah 3 Syawal, aku berada di rumah mak mertua di Kampung Dendang, Ketereh. Semalam, meriah sungguh kat sini bila semua berkumpul sambil bakar ayam barbeque. Best! Aku sempat makan beberapa ketul ayam drumstick & sosej. Cepat betul kenyang. Apa tak, lepas makan seketul, aku minum air.
Tahun ni, Maisarah balik kampung hari raya pertama. Terpaksa berpisah la dengan Abe Alif. Huhu... Love Alif, kan, Maisarah? - Posted using BlogPress from my iPhone

Langgan:
Catatan (Atom)