Hari ini dalam sejarah. iPhone generasi pertama yang aku beli tak silap dalam 2 tahun lalu telah ghaib dari mata. Ia hilang tanpa aku pinta. Itulah namanya suratan takdir.
Nak dijadikan cerita, semasa aku turun dari teksi untuk menjejakkan kaki di Sri Pentas, Damansara Utama, aku terlupa untuk mengambil semula iPhone yang tercicir dari poket.
Biasanya aku sangat berhati-hati dan tak hilang fokus sebegitu rupa.