Thursday, December 29, 2011

TENTANG DHIA

Setiap hari adalah hari yang sibuk. Hingga aku tiada masa untuk diri sendiri. Tambah lagi dengan kerja-kerja untuk persiapan Party Ulangtahun Budiey.com ke-5 nanti. Terlalu banyak kerja yang terpaksa aku buat. Ya, aku buat semuanya seorang diri. One Man Showlah katakan. Terpaksalah aku telan. Letih bagai nak pengsan ke, itulah yang aku kena hadapi bila sampai bulan Januari.

Untuk pengetahuan pembaca semua, (eh, ada ke pembaca blog jurnal ni?) oklah, kalau takde pembaca pun, olok-olok ada orang bacalah blog yang bersawang ni. Okay, kita teruskan bicara kita, untuk info, tarikh sebenar aku kena sambut ulangtahun budiey.com ialah pada tanggal 7 Januari setiap tahun. Tapi biasalah, takde nyer aku nak buat tepat-tepat pada hari 7 Januari tu. Pasti tergelincir jauh gak la. Macam tahun lepas gak, tahun ini aku kena buat dipenghujung Januari iaitu 21 Januari 2012.

Pada pagi tadi, aku mendapat pengesahan bahawasanya lokasi untuk party budiey.com dibuat di Aristo, Zouk KL. Aku kenal dan selalu ke Zouk KL. Bukan untuk berparty atau berclubbing tapi sebab ada event kat situ. Selalunya, ada event Astro kat situ. Tak pun selalunya, tiap-tiap tahun Blu Inc ada buat Party EH! kat Zouk KL. 

Isunya bila aku buat party kat situ, ramai gak la pembaca yang bertudung rasa tak senang. Sebenarnya, bini aku pun tak senang. Apa kata dengan famili aku yang lain. Tapi tu lah, fikir-fikir balik, aku tak guna katering kat situ sebab katering dari luar. 

Lagi satu isu apabila ada ura-ura aku kena minta permit dari DBKL. Kononnya jika perhimpunan tu melebihi 100 orang, dengar-dengarnya kena apply. Jadi, untuk menjawab persoalan ini, aku menghubungi DBKL sendiri. Aku pun call dengan menggunakan nombor yang diberikan oleh seorang kawan. Apabila aku cakap yang aku nak buat Party Ulangtahun kat Zouk dan takdelah nak tampal poster atau banner kat tepi jalan atau sampai kena tutup jalan, DBKL jawab, aku tak perlu nak apply pun. So, apa ke hellnya nak apply kalau benda tu tak perlu buat pun. DBKL sendiri yang cakap kat aku yang semua tu kena berurusan dengan Zouk KL sebab aku nak berparty pun kat dalam tu, bukan kat luar. 

Okay, isu tu rasanya ditutup setakat itu sebab aku tak nak buang masa dengan benda yang tak perlu aku buat. Banyak lagi kerja yang aku kena settle. Aku harap benda ni tak jadi isu yang besar.

Hari ini, aku terpaksa poteng beberapa event. Dari pagi ke petang, banyak labur masa untuk promote Party Budiey. Alhamdulilah, tajaan yang aku dapat sangat banyak. Rasanya lagi banyak dari tahun lepas. Syukur pada Tuhan.

Jam 5 petang, aku ke Mid Valley. Lepak dan hang out. Best gak sekali sekala hang out sambil melihat orang sekeliling.

Tentang Dhia episod akhir pada hari ini aku tonton melalui aplikasi 1Malaysia TV. Nasib baik ada teknologi canggih macam nih. Senang, duk kat luar pun still boleh tengok penamat Tentang Dhia. 

Jam 8 malam, aku bertemu dengan wakil Astro yang mana telah memberikan aku hadiah goodies untuk Party termasuklah 2 buah kamera Olympus untuk hadiah cabutan bertuah. Bestnya sape-sape dapat.

Jam 9 malam, aku dah sampai rumah. 

No comments:

Post a Comment

Popular Posts