Jumaat, 12 Januari 2018

LUKISAN 2017

Berakhir sudah 2017. Sekarang dah 2018. Masa macam terasa seperti kilat. Laju.

Dah lah. Itu ayat klise.

Sekarang tiada masa nak menulis kat sini. Sekali sekala je singgah tengok. Sekali sekala menoleh ke belakang.

Hari ini, aku buat spring cleaning kat email gmail. Sebab utamanya, ruang emel dah penuh.

72.49 GB (62%) of 116 GB used

Terpaksa padamkan segala lampiran yang mengandungi file bergiga-giga byte tu.

Kat luar sejuk. Hujan. Jalan basah. Lembab.

Dalam pada aku duk usha emel yang lepas-lepas tu. Terjumpalah emel-emel lama yang punya nilai sentimental value dari kawan yang dah meninggal dunia. Sayang pulak nak padam. Tapi aku terpaksa padam.

Korang boleh fikir macamana perasaan aku ketika baca semua mesej dan emel tu semua.

Sedih.

Pilu.

Sayu.

Bulan ni, permulaan 2018 yang sangat meyakinkan. Walaupun sikit goyah. Tapi aku rasa satu permulaan yang baik dan positif.

Minggu lepas, aku dijemput untuk jadi tamu Kak Ogy dalam program HURU HARA yang tak berapa nak huru hara. Tapi program tu sebenarnya terlebih santai sebab aku bebas untuk cakap apa sahaja.

Aku sentuh pasal hidup aku sebagai blogger yang dah kertu dan tak laku ni.

Aku sentuh jugak pasal aku pernah kecam Kak Ogy sebab gigi dia nampak kuning. Tapi Kak Ogy cakap, dia dah maafkan aku pun. Itu kisah lama.

Aku sentuh pasal perkembangan dunia digital sekarang.

Haha. Macam-macam, nak cakap semua memang tak sempat. Aku ada masa 15 ninit sahaja.