Jumaat, 25 Januari 2013

PARTY BUDIEY

Jumaat yang mulia. Aku cuba sedaya upaya untuk menghadirkan diri di perhimpunan mingguan bersolat Jumaat. Walaupun di jadual aku hari ini, aku perlu ke Subang Jaya untuk mengambil barang tajaan party budiey. 
Alhamdilah, misi aku berjaya. Aku berjaya kotakan janji akan letak segala kata.

Tarikh Party Budiey sudah pun aku tetap kan iaitu pada 23 Mac. Kira-kira tinggal lagi dalam sebulan untuk aku buat persediaan. Semalam aku dah emel proposal kepada beberapa syarikat besar untuk menjadi penaja utama #PartyBudiey.

Aku berdoa dan sangat berharap segalanya berjalan dengan lancar.

Setakat ini, aku dah pun buat persediaan secara perlahan-lahan.

Rabu, 9 Januari 2013

TERTEKANKAN

Yeay, akhirnya... berjaya jugak aku login blogspot jurnal aku yang lama aku tinggalkan bersawang. Argh! Agak klise bila aku menulis seperti orang giler yang tak tahu malu nih.

Hey, korang apa khabar? Harap korang ceria-ceriakan diri walaupun korang susah hati, aku tahu.

Ntah, apa aku nak tulis eh.

Pasal #partybudiey jom!

Okay, aku nak cerita tentang #partybudiey la. Tapi stress gak la cerita pasal party ni sebab semua kerja aku kena buat sorang-sorang sekarang ni.

Eh, tak ke dari dulu aku buat sorang ke?

Yes, tapi sekarang ni aku rasa macam aku ni keseorangan yang amat sangat. Sampai masa, bila kita membesar dewasa dan mengarah ke usia tua, memang itu yang aku akan rasakan.

Jadi blogger sepenuh masa. Sangat-sangat menekankan aku.

Dulu lain, sekarang dah jadi lain dah. Dulu, aku passion dan excited giler nak buat party. Gembirakan orang dengan memberi hadiah. Itu matlamat aku.