Jumaat, 12 Julai 2019

SPEKULASI

Betul, artis dan isu cerai berai ni sesuatu yang lumrah. Mana-mana pun orang cakap macam tu. Artis pun manusia biasa jugak. Tak dapat nak lari dari masalah. Gelojak dan pergelokan ada di mana-mana. 

Namun, berita Fizo Omar dan Mawar bercerai, sesuatu yang di luar jangkaan. Nampak pada zahir, hubungan mereka aman damai. Tapi kat dalam selimut kita tak tahu. Betapa struggle nya mereka untuk bertahan. 

Aku percaya, mana-mana hubungan pasti ada pasang surutnya. Masalah adalah ujian untuk menentukan sejauh mana mereka dapat bertahan. Segalanya terletak pada cara kita berfikir akan sesuatu masalah yang timbul. Jika kita berfikir negatif maka hasilnya akan negatif. 

Berbalik pada kerja aku sebagai seorang Youtuber. Aku tak terlepas untuk mengemaskini laman sosial dengan berita cerai berai artis ni sebab isu atau berita sebegini yang pembaca nak tahu. Seawal mendengar berita ini, aku pun terus buat berita di Youtube. Sehingga hari ini video tu dah mendapat tempat ke-2 trending di Youtube. Tahniah buat diri sendiri. 

Dalam ramai-ramai artis yang bercerai, aku percaya Fizo Omar dan Mawar ni agak lain sedikit sebab mereka tak bergaduh pun tapi ada benda lain yang buat mereka bercerai. Benda tu, diperdebatkan dalam ruangan komen video berita kat Youtube tu. Macam-macam spekulasi dibuat.