Sabtu, 8 Disember 2018

WADA'

Usai solat Subuh, sebelum meninggalkan Kota Madinah, apa yang seharusnya dilakukan adalah Ziarah Wada'.

Ziarah Wada' ialah mengunjungi makam Nabi Muhammad S.A.W untuk mengucapkan selamat tinggal dan berdoa memohon syafaat sebelum pulang ke Malaysia. Untuk ke Maqam Rasullullah, kena masuk melalui pintu Bab as-Salam (bagi kaum lelaki), dengan mendahului kaki kanan dan bacalah doa memasuki masjid. Semasa beratur, kita akan berasak-asak dengan para jemaah lain dari seluruh negara. Jadi, kena tahan sabar kalau kena tolak ke apa ke. Yang penting mulut tu jangan berhenti untuk berselawat.

UMRAH 2018

Bersebelahan makam Rasulullah, ada makam Abu Bakar Sidiq dan Umar bin Khattab.

Semasa pemerintahan Umar bin Abdul Aziz, maqam ini dibangun dengan tembok tinggi sekitar 5 meter di sekeliling makam Rasulullah. Pembangunan tembok ini bertujuan agar tidak ada yang melakukan perbuatan syirik di sekitar makam.

"Ya Allah, janganlah Engkau jadikan ziarahku ke tempat mulia ini sebagai kali terakhir. Kurniakan bagiku kepadanya ziarah untuk kesekalian kalinya dalam kebajikan, kesejahteraan, kesihatan dan keselamatan. Jika aku mampu, Insya Allah aku datang lagi. Jika aku mati, kutitipkan pada sisiMu syahadah (kesaksianku, amanahku, perjanjianku, timbanganku) pada hari itu untuk kiamat. Dengan ini kesaksian bahawa tiada Tuhan melainkan Allah Yang Maha Esa. Tiada sekutu bagiNya. Dan kesaksian bahawa Muhammad itu hambaNya lagi utusanNya. Maha suci Tuhan yang mulia daripada apa-apa yang mereka sifatkan. Salam untuk sekalian utusan (Rasul-rasul) dan segala pujian bagi Allah, Tuhan sekalian alam."

UMRAH 2018