Ahad, 7 Oktober 2018

iPHONE XS MAX

Genap seminggu dah Budiey guna iPhone XS Max. Perghh! Best giler wei. Memang smartphone terbaik dan paling mahal pernah Budiey beli dalam sejarah. 

Shopping iPhone XS Max di Apple Store Singapore

Budiey suka guna iPhone terbaru ni sebab ia pantas, lancar, laju berdesup kerana ia dipertingkatkan dengan Intelligent A12 Bionic (chip paling power katanya), kedua, of course la sebab skrinnya paling besar dalam keluarga iphone iaitu 6.5 inci. Paparan Super Retina OLED memang terang, jelas, clear giler. Face ID dia laju la jugak la walaupun kekadang Budiey tak puas hati sebab iphone ni tak dapat nak detect wajah Budiey. Kenapa ntah. Camera dia pulak memang gempak... hasil gambar yang sangat cantik giler. Fungsi Potrait untuk selfie mode dia dipertingkatkan dengan Depth Control. Jadi, gambar potrait lebih ohsem sebab gambar selfie kita tu kabur kat belakang. Haha. Rekaan bentuk dia, warna emas ni... fuh. 

Dah-dahlah tu puji melambung iPhone ni, bukan dia bayar Budiey pun. Haha. Tapi tu la, sekali guna iPhone XS Max ni terus jatuh cinta. Gitu. Next, target Budiey nak beli Apple Watch Series 4 pulak. Yeay!

Shopping iPhone XS Max di Apple Store Singapore

Haha. Korang yang tengah guna iPhone X, rasanya tak payah la nak upgrade kepada iPhone XS ni sebab sikit je benda yang bedanya. Lainla kalau korang guna iPhone 8plus macam Budiey. Memang berbaloi la nak upgrade pun. Tapi kalau korang kaya giler... why not korang nak upgrade. Kat Malaysia belum dijual, kalau nak beli sangat ada kat Low Yatt tapi harga memang mahal giler. 

Nah! kat bawah ni ada Budiey rakam satu vlog, momen-momen saat pergi meminang hehe... membeli iPhone XS Max di Apple Store Singapura. Harga sekali dengan casing: SD2,000. 

VLOG GILA GAJET - Misi Mencari iPhone XS Max di Apple Store Singapore: 

https://youtu.be/bxiK6R1KgE