Jumaat, 19 Oktober 2018

APPLE WATCH SERIES 4

Hari yang dinantikan sudah tiba. Orang Malaysia dan yang sedang menetap di sini dah boleh menempah iPhone XS dan juga Apple Watch pada hari ini iaitu 19 Oktober.

Tapi apabila kata Pre-Order ni, bukan dapat terus la, kena tunggu 3-4 minggu jugak la.

Harga Apple Watch Siri 4 di Malaysia Bermula Harga RM1,749.00

Aku dah ada iPhone XS Max dan sekarang tengah nak usha Apple Watch Series 4. Terbaru dari Apple yang dikatakan telah dipertingkatkan. Aku tak pernah beli dan guna Apple Watch. Dulu, masa aku gila pergi gym, pernah la guna Fitbit. Tu je lah.

Kali ini, sekadar nak penuhi naluri GILA GAJET aku ni, aku beli je la. Memang duit dah simpan elok-elok untuk beli gajet ni.

Jam 9 pagi, laman sesawang Apple Malaysia belum lagi kemaskini untuk sebarang tempahan.

Jam 12 tengahari, laman itu dalam proses kerja-kerja upgrading.

Hari ini kebetulan takde event so, duduk kat ofis je sepanjang hari. Siapkan kerja blog dan menyunting video untuk Youtube.

Jam 2 petang, akhirnya aku berjaya menempah dua jam Apple Watch Series 4.

Yeehaaa!

Apple Watch Series 4