Tuesday, October 1, 2013

BLOGGER & PR

Lama aku tak pergi melancong. Maksud aku melancong percuma. Tapi aku kena bersyukur jugak sebab tahun ini rezeki aku selalu ada, selalu sahaja mendapat tawaran untuk ke luar negara. Aku kena syukur tu. Jangan angkuh sangatlah! Tapi tulah, fikir pasal melancong percuma ni, aku rasa hujung tahun ini, aku mungkin akan kecapi beberapa sessi melancong bersama selebriti. Insyaallah.

Segalanya di atas ketentuan Allah. Kita hanya merancang.

Semalam, aku dihubungi oleh seorang pegawai perhubungan di mana dia mengajak aku ke Uzbekistan. Wow, best tak?

Kemudian, bulan depan, aku dijemput untuk ke Cardiff City bersama beberapa orang selebriti lelaki. Aku teruja untuk itu dan aku rasa sangat bertuah kerana terpilih. Tak ramai media yang dijemput, hanya dua sahaja. Aku dan seorang lagi media dari sebuah portal hiburan terkenal.

Syukur, aku diberi peluang. Walaupun aku tak sekaya blogger lain yang hanya duduk rumah, buat story bersumberkan laman sosial dan laman forum hiburan. Syukur lah. Itu rezeki dialah, aku tak nak kacau dan aku tak layak untuk memberikan kenyataan sebagai mengadili apa yang dibuat. Itu profesional dia.

Kerjaya aku sebagai blogger banyak dibantu oleh beberapa individu yang terlibat sebagai pegawai perhubungan. Mereka tahu apa yang aku mahu dan aku tahu apa yang mereka mahu. Senang. Walaupun kadang-kadang PR ni, hanya tahu mengambil untung dari setiap artikel yang dikeluarkan tanpa aku dapat satu sen pun. Itu aku tak kisah.

Bercakap tentang PR, aku rasa, banyak blogger telah dipergunakan oleh PR. Mereka sebenarnya tak tahu, PR mengambil untung di atas setiap artikel yang disiarkan. PR mungkin caj mahal dengan client dan mereka tak bagi sesen kepada blogger. Hanya sekadar ucapan terima kasih.

Tapi tanpa PR, aku rasa blogger takkan dapat masuk ke event dan tak akan dilayangkan jemputan jika nama mereka dibanned. Aku pernah beberapa kali dibanned. Aku tak kisah dibanned oleh PR sebegini sebab aku rasa kalau tak dapat pergi ke event dia pun aku tak kisah sebab tak dapat duit. Bukan advertorial pun. Buat apa bersusah payan meminta dan merayu macam peminta sedekah?

Lainlah kalau dibayar untuk cover events, aku memang tak boleh tolak. Itu rezeki. Prinsip aku sekarang, setiap jemputan itu rezeki dan mungkin satu kesilapan jika aku menolak rezeki itu. Aku belasah je dan aku tak fikir sesiapa.

Aku bukan sesiapa pun untuk menidakkan hak sebagai seorang penulis blog sebab kat luar sana sekarang ini banyak giler kot penulis blog. Saingan sangat sengit dan masing-masing sekarang sedang mengejar wang. Sementara semua syarikat dan produk sekarang menggunakan blog untuk mempromosikan produk mereka.

Aku rasa aku kena ada pendirian. Jika aku rasa aku tak dapat hadir ke events aku kena berterus terang yang akan tak dapat hadir. Jika aku dibayar, ye, aku akan hadir. Demam ke sakit ke aku akan hadir jika dibayar.

Tapi aku minta maaf kat sini sebab aku banyak mengecewakan ramai orang yang menjemput. Mungkin mereka kena faham aku ni bukanlah ada kaki dan tangan untuk menghantar wakil ke events mereka. Aku bekerja one man show. Dan aku rasa aku patut ada masa untuk diri sendiri juga, masa untuk keluarga juga.

Kepada blogger di luar sana. Hidup tak seperti yang kita duga. Kadang-kadang kita berada di atas dan kadang tu kita akan berada di bawah. Berjimatlah ketika kaya dan hiduplah secara sederhana. Tak perlu nak beli Mercedes Benz atau beli rumah mewah. Nanti kelak kereta dan rumah tu hilang juga. Kan?

No comments:

Post a Comment

Popular Posts