Isnin, 30 September 2013

PALSU

Hati yang degil, jiwa yang ego dan diri yang angkuh. Cuba untuk tidak menegur sapa di laman sosial. Sedang dalam dirinya ada sekelumit dan sisa-sisa rindu. Malah, rindu itu bertambah tajam menikam memaksa diri untuk menyatukan semula segala yang dulu terikat. Persahabatan.

Dulu, ia tercalar kerana aku yang mahukan ia terlerai. Dulu berlaku kerana aku rasa aku dianiayai. Dulu berlaku kerana kau sungguh kejam menularkan segala jelik dan keburukan itu membuatkan aku rasa, oh ini sebenarnya yang kau nak.

Sekarang, kau tengok sendiri apa yang berlaku. Sekarang kau tengok apa yang sebenarnya hakikat realiti. Sekarang kau tengoklah, kau rasalah sendiri.

Aku dah blocked segala laman sosial dan menghalang kau menjelajah sesuka hati melihat aku dari jauh. Tapi sekarang aku dah insaf, aku buka balik semoga kau dapat melihat aku semula, semoga kau dapat mengintai kehidupan aku.

Sejak mimpi-mimpi seram beberapa hari lalu datang singgah menganggui tidur lenaku, aku rasa aku patut lakukan sesuatu. Perasaan ini didorong oleh rasa tanggungjawab aku pada seorang kawan yang aku gelarkan sahabat. Perasaan ini didorang oleh rasa muhibbah yang dulu pernah kita semua rasa, ada dalam diri kita dan sekarang sudah tak wujud.

Hakikatnya, kau dah jadi orang lain dan kau sekarang bukan kau yang dulu. Aku sekarang, walaupun kau lihat bukan aku yang dulu tapi sebenarnya, aku adalah aku yang dulu. Dulu aku pernah bantu kau mencapai puncak cita-cita, aku berikan kau lorong untuk kau terus menjelajah ke depan. Masa kau depan kau cerah dalam industri. Aku tak nak kau kenangkan segala jasa aku, sedang jasa aku tu bukannya banyak pun. Sekelumit. Sebesar kuman. Tak perlu aku nak ungkit itu ini, begitu begini. Aku tak nak jadi tukang ungkit sebab yang dah berlaku tu, biarlah berlalu.

Sepanjang kita tak lagi bersahabat, aku rasa... oh, sungguh susah nak cari pengganti. Orang yang aku temui tak sama dengan kau. Kau ada nilai-nilai yang aku sukar nak gambarkan kat sini.

Sebenarnya, hidup bagi ada sesuatu laluan meniti jurang. Jika aku tersilap langkap, bila-bila masa sahaja aku boleh terbenam dan mati di dasar bumi.

Oh, sebenarnya, aku takde hilang hormat, aku takde nak jatuhkan segala martabat kau sebagai manusia seperti aku, tapi itulah... aku tak dapat kawal keadaan dan ini di luar tugas aku sebagai hamba.

Jadi, apa yang aku nak buat sekarang? Selepas aku buka segala talian untuk berikan laluan kepada ikatan itu dari terus terputus begitu sahaja, aku biarlah masa yang akan menentukan. Sebab, sepanjang masa membawa kita ke hari tua, kita akan tahu oh, masa itu singkat untuk kita bermusuhan. Untuk kita terus menipu seolah tiada apa yang berlaku. Seolah dulu kita tak pernah ditemukan. Oh sangat fake dan palsunya hidup ini.

Palsu!

Palsu!

Palsu!

Senyuman yang aku berikan itu palsu. Sapaan yang aku berikan itu juga palsu.

Sekarang barulah aku tahu, hakikatnya, hanya Tuhan sahaja yang tentukan!