Rabu, 27 Februari 2013

REZEKI

Baru sahaja selesai menonton filem terbaru Die Hard terbaru tu di One Utama. Minggu ni banyak kali dan kerap pulak aku menonton wayang.

Oh ya, minggu ni juga aku sanggup menghabiskan duit dengan menonton sebuah filem berbayar. Sanggup nih. Walaupun aku boleh menonton wayang secara percuma kerana aku ada kad VIP. Tapi aku tak mengapa sokong industri filem katanya.

Aku menonton filem Gangster Celop. Alahai, citernya biasa-biasa je bagi aku. Ntahlah, nak komen camna. Aku tak berapa suka dengan filem macam tu sebenarnya.

Cakap pasal filem, baru-baru ni, aku disapa oleh seseorang yang katanya mahu meletakkan iklan filem di blog. Aku ok je, bak kata skrip Slash dalam Rock Oo, Aku okay, ye memang aku okay. Tapi masalahnya ni dah masuk kali kedua dia email aku tanya pasal iklan, katanya bersetujulah untuk beli space tapi sampai sekarang habuk tarak. Aku rasa la kan, dia menang sengaja nak tarik perhatian kot. Atau dia sengaja nak uji aku kot. Ntahlah, lantak dialah sebab aku sekarang tak nak masuk campur langsung dengan hidup dia. Biarlah dia dengan dunia dia dan aku dunia aku.

Tutup buku. Kalau dia betul-betul nak beli space, dah tentu hari ni dah dia follow up. Kalau takde follow up tu, takde la rezeki. Itu namanya, rezeki ni sebenarnya datang dari Allah, datang dari Tuhan.

Aku kena berpegang teguh pada tiang itu. Jadi, aku taklah merayu-rayu, meminta-minta dari manusia supaya menolong aku.