Tuesday, December 25, 2012

Lahad Datu

Jumaat yang terang. Jumaat yang aman. Jumaat yang best.

Pagi di rumah. Siapkan kerja macam biasa. Ingat mahu sambung tidur sampai jam 10 pagi. Tapi kerja banyak yang kena selesaikan hari ini.

6 tahun dalam industri blog hiburan, 6 tahun aku bekerja seorang diri tanpa seorang staf. Letih sebab aku terpaksa buat kerja 5 orang.

Kadang kadang aku kagum dengan diri sendiri yang mana aku boleh buat semua ini seorang diri. Aku kena percaya bahawa semua ini adalah datang dari kudrat Allah.

Aku berpegang pada ketentuan itu.

Petang ini, selepas solat Jumaat, aku diajak untuk menghadiri Sidang Media Tabung Lahad Datu di Cheras. Ramai artis yang terlibat dengan program mulia ini.

Situasi di Lahad Datu masih terkawal. Adik aku yang bekerja sebagai guru kat sana sudah pulang ke kampung. Seronoklah dapat cuti. Siap boleh beli tv led untuk diletak kat rumah. Dapat bonus la tu.

Malam ini aku akan ke Malam Gala Ikal Mayang yang mana akan menayangkan 15 buah filem pendek sempena dengan Hari Wanita Sedunia.

No comments:

Post a Comment

Popular Posts