Selasa, 25 Disember 2012

Gejala Melayu-Kristian

Agak klise kalau aku ucap Merry Christmas kat sini. Tak perlu la kot nak ucap sebab aku tahu korang semua beragama Islam.

Lainlah dengan insan yang aku kenali no. Tak nak cakap la sape. Kalau aku cakap bukannya korang kenal pun. Tapi benda yang aku cakap ni, sensitif sikit. Mungkin menyentuh sensitiviti orang tertentu. Aku tak nak buat andaian yang bukan-bukan. Yang pasti aku dah syak yang dia ni tak berpegang teguh pada agama. Entahla nak cakap apa. Apa yang aku harapkan, dia masih beragama Islam.

Hari tu, aku tengok mamat ni bertukar-tukar hadiah kononnya dia buat dengan kawan dia yang beragama Kristian. Tak kisahlah lagi nak bertukar hadiah, tapi tak perlulah nak ucap Merry Christmas.
Jangan sampai aku cakap, kafiruuunnn laknatulllah pulak.

Sekarang ni, aku dengar dah ramai orang Melayu peluk agama Kristian. Kalau kat Singapura dan Indonesia, memang diorang tak segan silu mengaku anuti agama Kristian.  So, mereka bangga digelar Melayu-Kristian. 

Di Malaysia, aku tengok gejala ini dah menular secara senyap di kalangan masyarakat Melayu. Mmmm... apa nak jadila, aku pun tak tahu.