Sabtu, 15 Disember 2012

Anugerah Planet Muzik 2012

Musim tengkujuh dah tiba. Hujan sana-sini. Tak kira pagi dan petang,  hujan turun menyimbah bumi tak kira masa.

Sebenarnya, sekarang ini aku berada di kampung.  Aku tweet kononnya sedang dalam perjalanan ke Singapura adalah pembohongan yang sunat.

Selebihnya, ia tak lebih dari satu propa yang bersifat ganza.

Sekarang dalam perjalanan ke satu kenduri kahwin. Ramai betul orang kahwin musim cuti sekolah ni. Elok juga tu. Senang sikit nak mengawan hujan-hujan macam ni. Betul tak?

Pada jam 8.30 malam ini akan berlangsung Anugerah Planet Muzik 2012 di Max Pavilion,  Singapura.  Pastikan korang menonton nya di Astro Ria secara langsung gitu.

Seminggu lalu, aku ada terima jemputan dari Mediacorp untuk buat liputan di Anugerah Planet Muzik 2012.

Aku berkira juga nak pergi tapi memikirkan tentang hal keluarga aku terpaksa batalkan niat. Lagi pun aku melihat penganjuran APM2012 tak pernah dibuat segempak anugerah luar negara. Sekurang-kurangnya, buatlah anugerah sehebat anugerah M.Net K.Pop tu, baru gerek!

Tapi, sebelum apa-apa kena tonton Astro Ria malam ni.