Friday, September 21, 2012

NANO SIM

Aku akui aku adalah seorang yang suka dengan alat-alat peranti canggih masa kini. Setiap kali munculnya produk keluaran terbaru, aku rasa nak jadi orang pertama yang pegang dulu. Kononnya lah. Tapi sebenarnya, orang pertama yang dapat pegang sah-sahlah orang yang kerja kat kilang kan?

Hahahaha

Ramai yang tahu aku ni suka beli dan kumpul gadget yang terbaru. Kerana itu, aku selalu menjadi rujukan sedangkan aku sebenarnya, agak kurang ilmu tentang gadget.

Ini kerana, aku bukanlah ada asas tentang dunia IT walaupun kerjaya aku sebagai blogger sepenuh masa yang sentiasa bermain dengan HTML dan coding.

Terbaru, aku mengimpikan sebuah gadget yang akan keluar kat Malaysia tak lama lagi iaitu iPhone 5.

Apa ada pada iPhone 5? Korang rasa hebat sangat ke?

Walaupun aku rasa iPhone 5 taklah memberi apa-apa kesan sebab aku sebenarnya tak suka dengan bentuknya yang terkini. Hanya dipanjangkan tapi tak dilebarkan.

Kalau diberi dua pilihan samada iPhone 5 atau Samsung Galaxy Note 2, sudah tentu tangan aku cepat-cepat memilih Samsung Galaxy Note 2.

Oh ya, terbaru, aku dapat tahu yang Maxis akan mengeluarkan Nano Sim di mana akan digunakan untuk ipHone 5. Nano Sim adalah SIM kad paling kecil digunakan. Aku ingat dulunya, Mini Sim yang paling kecil, rupanya ada lagi yang lagi kecil.

Di masa depan, tak tahulah macamana. Mungkin kad SIM dah sebesar kuman barangkali?

Oh ya, tahniah buat Maxis sebab jadi telco pertama yang mengeluarkan Nano Sim di Malaysia.

Kenyataan dari Maxis Berhad mengenai penawaran SIM Nano
Sila siarkan penjelasan ini sebagai kenyataan dari T Kugan, Ketua Produk, Peranti, Inovasi dan Perantauan Maxis Berhad

Maxis Berhad (Maxis) adalah yang pertama di Malaysia yang memperkenalkan SIM Nano baru untuk iPhone 5. Pelanggan Maxis yang sudah mempunyai iPhone 5 dan mereka yang merancang untuk membeli peranti ini pada masa akan datang boleh mendapatkan SIM Nano pada harga RM25 bermula 24 September di Pusat-Pusat Maxis terpilih di Lembah Klang khususnya KLCC, Taman Tun Dr Ismail, Sunway Pyramid dan The Gardens serta di Queensbay Mall di Pulau Pinang dan Danga Bay di Johor Bahru. Ia akan disediakan di Pusat Maxis yang lain di seluruh negara menjelang akhir bulan September.

Reka bentuk SIM Nano ini adalah 30% lebih kecil dan 15% lebih nipis daripada Micro SIM yang sedia ada. Saiznya berukuran 12.3 x 8.8 mm dengan ketebalan 0.7 mm, dan menawarkan pengeluar peranti kelebihan dalam membebaskan ruang tambahan untuk komponen telefon mudah alih yang lain seperti memori tambahan atau bateri yang lebih besar. SIM Nano yang lebih kecil ini terus menggunakan cip kad pintar yang sama seperti kad SIM yang sedia ada, dan akan menawarkan fungsi yang sama seperti semua kad SIM semasa dan adalah serasi ke belakang dengan reka bentuk kad SIM yang sedia ada.

Untuk maklumat lanjut mengenai SIM Nano dari Maxis, sila layari laman web www.maxis.com.my atau hubungi talian 1800 82 1123.

No comments:

Post a Comment

Popular Posts