Friday, September 14, 2012

LEGOLAND DAY 1

Salam pagi Jumaat buat semua pembaca jurnal sekalian,

Pagi ini, aku akan bertolak ke Legoland Malaysia. Ya, untuk kali pertama kalinya selepas beberapa minggu dibuka untuk santapan para media. Dan aku berpeluang untuk menyaksikan Majlis Pelancaran Grand Opening Legoland Malaysia pada hari esok, 15 September.

Sebelum aku berbicara lanjut, aku nak ucapkan setinggi terima kasih kepada Maybank sebab sudi ajak Budiey.com untuk melawat Legoland Malaysia. Bukan itu sahaja, aku juga diberi penginapan 3 hari 2 malam untuk keselesaan melawat dan menerokai Legoland dengan lebih lanjut.

Thanks Maybank!

Aku dengar, bukan senang untuk dapatkan pass media. Ianya sangat terhad. Maka, beruntunglah media yang dapat jemputan ke sana. Juga, untuk blogger pula hanya 10 orang sahaja yang dipilih. Itu pun dengan pertolongan Maybank yang menaja segala kemudahan.

Pastinya, ia satu pengalaman yang best walaupun aku tahu, kat tapak Legoland tu cuacanya sangat membahang panas. Tambahan pula, aku diberi 3 pass dari Maybank. Dua orang dewasa dan kanak-kanak. Malangnya, aku masih belum ada anak. Jadi, tak dapatlah bawa kanak-kanak.

Ingat nak ajak Maisarah tapi dia tak boleh ponteng kelas pagi ni. Cik Da pun macam tak harap je. Takut juga terjadi apa-apa kat Maisarah. Maklumlah, Legoland baru je dibuka.

Kebetulan semalam, Ayah G call. Dia tanya pasal kenapa logo Banjaria Court kena simbah cat. Hahaha, aku belum tengok lagi macamana la boleh ada orang simbah cat. Mesti ada orang luar yang sakit hati la aku rasa.

Jadi, aku plan untuk ke LRT Masjid Jamek dengan Ayah G sebab pejabat ayah G, DBKL tu dekat je dengan Menara Maybank di mana menjadi lokasi pertemuan rombongan untuk ke Legoland Malaysia.

Ayah G bersetuju untuk tumpangkan.

Plan bertukar, Ayah G ajak kami makan pagi di restoran berdekatan dengan DBKL. Lepas pekena roti canai dan Nescafe tarik, Ayah G hantar kami ke Menara Maybank.

Thanks Ayah G.

Jam 8.45 pagi dah sampai. Awal lagi. Jom lepak Starbucks.

"Siap dengan beg bagasi besar gabak tu, nak gi mana ni bro?"

Sampai di Menara Maybank dalam jam 8.45 pagi. Awal sangat lagi. Tak pelah, lebih baik awal dari aku kelewatan dan aku tak suka orang tunggu aku sebenarnya.

Aku jadi orang pertama yang mendaftar di meja pendaftaran media. Ada 40 orang yang akan mengikuti rombongan Maybank ke Legoland Malaysia ni. Itu menurut pegawai pengurusan yang bertugas la. Ada dalam 10 orang terdiri dari blogger dan ada yang dah bertolak sendiri dengan kereta masing-masing. Bagus betul jadi blogger zaman sekarang ni. Macam-macam peluang dapat dikecapi.

Malah aku rasa sesetengah media wartawan lain pun takkan dapat kecapi kenikmatan menjadi blogger di alaf baru ni. Mungkin kerana itu, ramai yang bertanya kat aku, macamana nak jadi blogger. Jawab aku, senang je. Tulis je blog dengan gaya kreativiti sendiri agar menarik. Lagi banyak buat lawak, lagi orang suka. Tapi biasalah, kena tahan sabar sikit. Tak semua orang akan suka kita. umrah dunia la kan.

Dah register. Katanya ada suprise utk penggemar Legoland jap lagi. Tag Maybank Legolaand jg diserahkan.

Tag telah pun diberikan. Katanya, akan ada kejutan untuk bloggers dan rombongan Maybank jap lagi.

Aku rasa aku dapat agak apa jenis kejutan. Setahu aku la, akan ada bas Maybank yang akan disediakan untuk pengunjung dari KL ke Legoland secara terus menerus. Itu yang aku rasala, tapi tak tahu la. Apa-apa tengoklah nanti. Aku akan update kat sini.

Aku ingat nak buat macam tu jugak. Senang nanti nak round JB. Tapi tak perlu la kot. Sebab aku ke sana dengan tujuan untuk buat advertorial Legoland, bukan nak bersiar-siar.

Oh ya, lama jemari aku tak menari-nari tarian Oppa Gangnam Style kat blog ni. Maafkan aku ya kawan-kawan. Hahaha, ada ke kawan-kawan yang baca blog jurnal nih. Haha, macam takde je.

Bersarapan dgn sandwich & sevangkir kopi sambil menikmati kelajuan internet yg berdesup laju.

Sambil menunggu semua ahli rombongan cik kiah ni tiba di Starbucks dalam Menara Maybank ni, aku bersarapan dgn sandwich bersama secangkir kopi sambil menikmati kelajuan internet yg berdesup laju. Gittew.

Dalam paper hari ni dah keluar tajuk Ning Baizura Hamil 3 Bulan. Wow, tahniah buat Ning Baizura. Mesti comel baby Ning Baizura ni. Maklumlah kacukan Mat Salleh + Melayu. Eksotik gituh.

Woohooo

Lebih kurang sejam lebih jugak aku melepak dan online kat Starbucks sementara menunggu rakan-rakan yang lain sampai. Sebelum bertolak ke tempat parkir bas, kami bergambar bersama banner yang dibuat khusus untuk kami oleh Maybank.

Rupanya, sangkaan ku salah. Mulanya aku ingat Maybank akan sediakan bas untuk pengunjung Legoland berulang-alih secara terus dari Legoland Malaysia ke Kuala Lumpur. Tapi, sangkaan ku tadi meleset sebab kami ke Legoland dengan menaiki bas persiaran.

Aku cadangkan agar ada bas transfer dari KL - Legoland untuk kemudahan orang awam mengunjungi Legoland Malaysia nih. Aku rasa ramai yang bersetuju dengan cadangan aku sebab tak semua dari kita ada kereta.

Apa yang aku dengar, pada tahun 2014 nanti, Hotel Legoland akan siap dibina bersama dengan Legoland Water Park. Jadi, ini satu perkembangan yang baik untuk warga Johor sebab pembukaan hotel itu nanti akan membuka ruang dan peluang pekerjaan untuk semua.

Bas masih tak gerak. Apa cer?

Sampai dalam bas. Kami kena tunggu sekejap. Tak tahulah masalah apa. Apa lagi, camwhore tetap camwhore... seorang camwhore biasanya akan mengambil gambar sendiri untuk tatapan umum. LOL. Tapi aku bukan camwhore yang kronik sangat lah. Tahap suam-suam kuku je.

Bersama ibu pelakon terkenal Haniz Zalikha #TripBudieyLegoland

Trip ke Legoland ini mempertemukan aku dengan manusia-manusia baru yang aku belum kenal sebelum ini. Seperti juga, aku ditakdirkan untuk bertemu mata dengan ibu kepada blogger dan juga pelakon yang semakin popular iaitu ibu kepada Hanis Zalikha. Cantik dan muda remaja orangnya. Maklumlah, ibunya atau lebih mesra dengan panggilan Kak Nani ini dulunya seorang model. Tengoklah, susuk badannya, tak ubah seperti seorang gadis. Kalau dia berjalan dengan anaknya, mesti orang ingat diorang ni adik beradik.

Belum sampai Legoland, Budiey dah dapat satu kotak permainan Lego. #TripBudieyLegoland

Sebelum bas bergerak, kami diberi sedikit taklimat oleh wakil dari Maybank. Juga, kami tak dapat rileks saje-saje dalam bas sebab kami diberi tugasan. Ya, setiap orang dari kami diberi sekotak permainan Lego secara percuma. Aku rasa harganya ada dekat RM130 jugaklah permainan Lego ni. Kami diberi 3 tugasan di mana kami perlu membina objek dengan kepingan Lego.

Korang rasa apa ek? #TripBudieyLegoland

Kalau korang nak tahu, sepanjang hidup aku, aku tak pernah buat benda ni. Bahkan nak pegang kepingan brick Lego pun tak pernah. Benda-benda permainan macam ni memang aku tak suka sangat seperti mana aku tak suka main jigsaw puzzle. Terus terang la aku cakap kat sini, aku tak suka bab-bab menyusun dan memerlukan imaginasi serta ketelitian macam games nih.

Okay, untuk cabaran pertama, aku tak dapat buat. Jawapannya: Lebah. Susah kot nak buat lebah ni dengan mencantumkan Lego.

Cabaran kedua...

Cuba teka apa dia? #TripBudieyLegoland

Kalau korang follow Twitter @budiey, semua cabaran ni aku dah siarkan dengan menggunakan hashtag #TripBudieyLegoland.

Jawapan untuk cabaran ke-2 ini ialah... pokok. Juga aku tak berjaya untuk mencantumkannya walaupun aku rasa POKOK sangatlah senang. Itulah, sebenarnya, kalau kita tak dapat tahan sabar dan cepat putus asa, memang Lego bukan permainan kita lah. Aku sangat tabik spring kepada kanak-kanak yang suka main dengan kepingan Lego ni sebab mereka boleh bersabar, kreatif, imaginatif dan tak lekas berputus asa serta mempunyai keazaman yang tinggi.

Dan aku juga tak berjaya menyelesaikan cabaran ke-3, cabaran yang terakhir... jawapannya ialah...

Cabaran terakhir. #TripBudieyLegoland

Jawapannya, ikan duyung. Hahahhaha.... susah wooooo!

Mengadap benda alah ni dalam bas membuatkan kami pening dan rasa nak muntah. Memang gilerlah. Hahaha.

Sepanjang perjalanan ke Johor Bahru, kami singgah berehat dan makan di dua lokasi tapak R&R Ayer Keroh & Pagoh. Makanan KFC ditaja oleh Maybank.

Bas bergerak agak perlahan. Tak laju. Bagus apa.

Kami sampai di Hotel Puteri Pan Pacific, Johor Bahru pada jam 5 petang. Berehat sekejap sebelum kami keluar hotel untuk jalan-jalan dan shopping di Johor Premium Outlets bersama dengan Fara & famili.

Kawan baik wife aku, Fara Delawati datang ambil dalam jam 6 petang. Singgah sekejap untuk ambil anak Fara bernama Mia di rumah pengasuh. Kemudian, barulah ke rumah baru Fara sebelum mereka bawa kami ke JPO.

Cantik jugak rumah baru Fara nih. Rumah teres dua tingkat. Harganya sangat murah berbanding rumah kat KL ni. Tak usah cakapla sebab kat KL harga rumah dah makin naik.

Di Johor Premium Outlets, aku sempat beli baju Adidas dan beberapa lagi barang. Mmm, diberi sehari suntuk pun tak puas shopping kat sini. Harganya pun aku rasa sikit murah la walaupun ada sikit penipuan kat situ.

Lepas shopping, Fara bawa kami makan seafood kat Senibong.

Pergh, memang terbaiklah seafood kat sinih. Termantop kot.

Makan hingga kenyang. Terus Fara hantar kami balik hotel.

Berehat awal sebab aku kena bertolak ke Legoland pada jam 7.30 pagi esok untuk upacara Grand Opening Legoland & tour di sana sampai petang.

Pasti satu hari yang meletihkan. Semestinya!

Nantikan coretan di hari kedua pulak yek!




No comments:

Post a Comment

Popular Posts