Tuesday, August 7, 2012

OLE-OLE RAYA TM

Jam 11 pagi, aku menerima satu parcel dari kurier. Parcel ni empat segi panjang. Mula-mula aku ingat apalah benda kat dalam parcel box nih. Nak kata hamper raya tak lah jugak sebab memang bentuk dia lain macam dan tak macam hamper raya. Tapi kalau nak kata ole-ole raya pun ya la jugak.

Bukak je kotak yang agak kemas buatannya nih, aku ternampaklah ucapan Salam Aidilfitri dari TM!

Laaa... dari Telekom Malaysia rupanya.

Terima kasih banyaklah sebab atas ingatan tulus ikhlas nih, sebab ini kali pertama aku menerima ole-ole raya dari TM.

Received satu bungkusan hamper raya. Cuba teka dari sape?

Hubungan aku dengan TM baik sejak bila eh? Jap aku nak ingat balik... tet tet tet... mesin imbas kembali (flashback) berputar... mmm... seingat aku, dulu-dulu ada la jugak aku dijemput ke event TM. Tapi beberapa ketika senyap sunyi seketika. Sehinggalah sekarang ini aku berbaik-baik dengan orang di sebalik twitter handle rasmi TM. Mereka sangat mesra dan sangat-sangat-sangat memberikan kerjasama. Dan aku juga, bila orang suka bekerjasama dengan aku, aku lebih-lebih mengalukan kehadiran mereka.

Baik dibalas baik... jahat dibalas dengan? Ish tak baik, apa kata kalau orang buat jahat dengan kita, kita balas dengan baik. Haa, barulah dunia ni aman.

Aku memang guna produk TM nih, yelah, kat rumah ni aku guna TM Unifi untuk servis internet. Kalau takde Unifi memang tak jalanlah segala kerja Budiey Dot Com Media.

Mula-mula pindah ke rumah baru ni, aku terpaksa guna broadband wifi dari U-Mobile. Mahal nak mampos. Aku cuma dapat quota 20GB je. Lebih pada tu, aku kena top up. RM10 selama 3 hari. Bayaran bulan-bulan sebanyak RM140 macam tu. Tak berbaloilah. Sebab aku tak dapat upload video dalam youtube.

Masa aku ada masalah dengan Unifi dulu, aku mengadu dengan mereka. So, sikit sebanyak mereka hulurkan pertolongan. Nasib baiklah jugak. Tak perlu aku nak berulang alik dari rumah ke TM Point kat Titiwangsa nun sana. Jauh dow!

Nasib baiklah penderitaan guna U-Mobile ni tak lama sebab aku dapat tahu Unifi dah ada kat Banjaria Court sekitar bulan Julai lalu. Syukurlah.

Sekarang dah perfect... cuma kerja aku je makin bertimbun dan aku buat semua kerja tu seorang diri. One Man Show!

Terbaru, aku rancang untuk mencambahkan satu lagi bisnes secara online iaitu Budieylicious Bakery di mana aku akan jual biskut raya dan kek.

Insyaallah, usaha itu tangga kejayaan. Korang doakanlah semoga impian aku ini mencapai kejayaan.

Hadiah ole-ole raya dari Telekom Malaysia. Tq TM!

Yummeh

Jom tengok apa ada dalam ole-ole nih:

Jemput makan semua

Ada buah tamar, buah kurma... eh, tak ke buah tamar dan buah kurma ni sama ke?

Ada buah teen dan buah zaiton gak. Aku suka. Aku suka.

Yusooofff Taiiiyooouubbb

No comments:

Post a Comment

Popular Posts