Sunday, August 19, 2012

MAAF



Salam lebaran,

Saya dengan rasa rendah hati memohon maaf kepada semua kenalan sama ada Muslim atau Non Muslim di atas segala kesilapan yang saya sedar atau tidak. Sesungguhnya saya adalah manusia biasa yang tidak lari daripada melakukan kesilapan. Sememangnya saya mencermin diri dan yakin adanya kesilapan dan perkara yang menggamit hati dan perasaan orang lain dan saya amat risau dosa-dosa itu akan memberatkan diri dengan beban siksaan tuhan.

Dengan ikhlas hati sekali lagi saya memohon kemaafan daripada semua tak kira Muslim atau Non Muslim dan saya mengampunkan juga segala dosa dan kesilapan sesiapa jua sama ada yang ingat atau tidak ingat. Akan saya ampunkan jua dosa dan kesilapan mereka yang lalu atau yang akan datang dengan harapan dosa tersebut tidak membebankan yang lain sepertimana saya juga mengharapkan dosa tidak membebani diri saya.

Bersempena Aidilfitri ini, saya doakan kesemua kenalan akan beroleh nikmat daripada yang Maha Esa. Selamat Hari Raya, Maaf Zahir dan Batin.

Kosong - Kosong


No comments:

Post a Comment

Popular Posts