Sunday, August 5, 2012

LEE CHONG WEI

Sedih betul. Ya, aku sedih sebab Datuk Lee Chong Wei tak dapat bawa balik pingat emas untuk Malaysia. Kekalahan sang hero Malaya ini betul-betul buat hati aku jadi remuk, hancur dan berkubur. Aku rasa, semua rakyat Malaysia pun seperti aku. Sedih sebab tak dapat pingat emas. Aku rasa, ramai yang menitiskan air mata kesedihan menerima kekalahan ini.

Ganjaran RM4juta terlepas dari genggaman Lee Chong Wei. Tapi, secara personalnya, aku rasa bukan duit yang jadi taruhan sebenar. Ye, memang, dia pun dah kaya raya. Duit tu sekadar satu ganjaran semata-mata. Siapa tak nak duit juta-juta tu. Bagi aku pun aku nak dan kalau aku jadi Lee Chong Wei pun, aku rasa aku nangis tak berlagu gak sebab terlepas. Menipulah kalau aku kata, ye... I'm okay... I okay. Huhu... tipulah kan?

Sebenarnya petang tadi, aku rajin benar pergi ke event. Kadang-kadang semangat nak lepak dan hang out di event ni entah datang dari mana, aku pun tak tahu. Tapi masa aku rasa ia datang dari suara halus yang datang dari benak dan hati yang bosan. Eh, mana taknya, duk rumah 24 jam pun tarak guna beb. Kenalah keluar hirup udara segar kat luar. Hahaha, masalahnya udara kat luar tu segar dan bersih ke? Berjerubu je aku tengok?

Petang tadi, aku sempat singgah di dua events. Tapi sebenarnya, dalam jadual iCal kat Macbook aku ni, sebenarnya ada 3 events.

1. Majlis Pelancaran Album Melodi Tazkirah & Soft Launch Rabbani Media

2. Majlis Berbuka ChurpOut di Restoran Songket, Jalan Yap Kwan Seng.

3. Majlis Rakaman Program Raya Gala TV

Games bersama anak yatim sedang berlangsung. #GalaTVFiestaRaya

Perjalananku sangat lancar dan dipermudahkan oleh Allah pada hari ini. Oh ya, hari Ahad tak banyak kereta di jalan raya. Setibanya aku di perkarangan Dewan Perdana Felda jam 6 petang, ku dah lihat ramai sekali tetamu Gala TV yang terdiri dari serombongan anak yatim dan juga selebriti di Cafe Felda Villa.

@sharkdean tgh sibuk kerja. Sempat lagi posing.

Inilah dia, penyampai berita merangkap wartawan, Sharqawi atau lebih mesra disapa Shark. Dialah yang ajak dan jemput aku ke majlis rakaman Gala TV dan Berbuka Puasa ni.

Thank you Shark. Majlis berlangsung dengan jayanya dengan kerjasama semua pihak.

Dino jadi emcee. Ceria selalu.

Dino seperti biasalah, pasti diberi tugas untuk jadi pengacara.

Bersama @hilalazmi bakal jadi pengacara Kini Trending di Astro Awani. Tahniah beb!

Bersama @hilalazmi yang katanya bakal jadi pengacara Kini Trending di Astro Awani. Tahniah beb! Sekarang ni Hilal tengah training. Bagus juga program On Air, sekurangnya dapat juga cari pelapis pengacara berbakat. Aku rasa Hilal pun boleh pergi lebih jauh juga seperti Karl Shafek. Apakah mungkin Hilal akan dipilih juga menjadi Masterchef Selebriti untuk musim kedua? Haa, siapa tahu kan?

Juara Masterchef Selebriti Dato' Fazley tgh ready utk lawan masak

Juara Masterchef Selebriti Dato' Fazley tgh ready utk lawan masak.

@shaheizy_sam dah sampai di #GalaTVFiestaRaya

Turut hadir memeriahkan Gala TV Fiesta Raya adalah... pelakon dan juga duta produk Mamee, siapa lagi kalau bukan Shaheizy Sam.

@waw4_zainal yg kiut miut pun ada. Tgh join games Fesyen #GalaTVFiestaRaya

Dan tak lupa, aku juga turut menemui pelakon yang tengah meningkat naik iaitu Wawa Zainal @waw4_zainal yg kiut miut pun ada.

Budiey & Ajami Hashim baru selesai jadi juri Games Fesyen Raya di #GalaTVFiestaRaya

Yang penting, diorang ni suruh aku jadi juri untuk pertandingan fesyen yang melibatkan pelakon Wawa Zainal, Eddy Afro dan Fyza.

Kami sebagai juri sebulat suara memilih fesyen dari grup @ifyza sebagai pemenang. Tahniah!

Dan pemenangnya ialah... kami sebulat suara memilih Fyza sebagai pemenang. Pandai betul budak-budak ni menata rias fesyen untuk Fyza.

@waw4_zainal di tempat kedua.

Wawa Zainal pula di tempat yang kedua.

Bersama pengarah muda filem SAM Shafiq Yusof di #GalaTVFiestaRaya

Bersama pengarah muda filem SAM Shafiq Yusof di #GalaTVFiestaRaya

Event nombor satu tu, aku suruh isteri aku yang pergi cover. Haha pandai ke dia cover atau dia sekadar ingin merasa kesedapan berbuka di Hotel Singgahsana. Haha, belum cuba belum tahu la wei. Mana tahu dia ada bakat terpendam jadi wartawan.

Oh ya, sebenarnya, aku juga dijemput oleh Samsung untuk menghadiri Party Menonton Siaran langsung Perlawanan Badminton akhir pada malam ini. Tapi sayang, badan aku hanya satu dan tak boleh dibelah-belah. Kalau tak dah lama aku ke sana. Dengarnya, ada lucky draw di mana hadiahnya merupakan Samsung Galaxy S III. Siapa tak nak kan? Tapi aku dah ada telefon bimbit Samsung S III tu, buat apa aku nak lagi. Hidup kita ni jangan tamak sangat. Nanti orang tak suka, Tuhan pun jadi murka.

Mula-mula aku pergi ke rakaman program raya Gala TV. Memang happening habis. Siap diorang lantik aku dan Ajami jadi juri untuk games fesyen artis bersama anak yatim. Hahaha, ko mampu?

Kemudian, aku bergegas pula ke Restoran Songket.

Pulang dengan eegera untuk menonton perlawanan badminton secara live.

Tapi ternyata aku kecewa setelah Datuk Lee Chong Wei tumpas di tangan Lin Dan.

Aduss, peritnya....

Seluruh 24 juta rakyat Malaysia nangis malam ni.

Selamat sampai rumah tatkala keputusan seri 13-13

No comments:

Post a Comment

Popular Posts